February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


THE MALAYSIAN TIMES

KLANG:
Istana Selangor dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung laporan
bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah memulangkan dua darjah kebesaran
yang beliau terima daripada Sultan Selangor, termasuk anugerah tertinggi
negeri itu.

“Kami akan mengeluarkan kenyataan sebaik sahaja kami mendapat
kepastian bahawa pingat kebesaran itu sudah dipulangkan,” kata
setiausaha sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani ketika ditemui
pemberita selepas upacara penyampaian pingat bersempena Ulang Tahun
Hari Keputeraan ke-72 Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah,
di sini hari ini.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menerima dua
pingat kebesaran daripada Sultan Selangor ketika itu pada 1978 dan 2003.
Satu daripadanya Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS)
(Kelas Pertama).

Dr Mahathir dilaporkan memulangkan kedua-dua darjah kebesaran itu
Khamis lepas, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kemurkaan istana
berhubung kenyataan beliau tentang masyarakat Bugis.

Isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali juga dilaporkan turut
memulangkan darjah kebesaran yang beliau terima daripada negeri itu.

Mengulas perkara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin
Ali berkata isu pemulangan darjah kebesaran negeri adalah antara Dr
Mahathir, Dr Siti Hasmah serta istana dan kerajaan negeri ini tidak
mempunyai kaitan dengannya.

Berhubung kenyataan yang dibuat anggota DAP Datuk Zaid Ibrahim
terhadap Sultan Selangor, yang dianggap banyak pihak sebagai mempunyai
unsur hasutan, Mohamed Azmin berkata istana telah menegur Zaid berkaitan
kenyataannya itu.

“Saya berpendapat beliau perlu bertanggungjawab dengan apa yang beliau ucapkan,” katanya.

Menurut laporan, melalui akaun Twitternya, Zaid antara lain
mempertikai kritikan Sultan Selangor terhadap Dr Mahathir berhubung
kenyataannya tentang masyarakat Bugis.–Bernama



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons