February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



MP: Ku Nan Jual 45 Bidang Tanah Tanpa Tender Terbuka

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjual 45 bidang tanah tanpa tender terbuka semenjak Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjadi menteri Wilayah Persekutuan, dakwa beberapa anggota parlimen pembangkang.

 MP Cheras Tan Kok Wai berkata beliau mendapat maklumat daripada jawapan bertulis parlimen.

 “Proses ini tidak telus sepenuhnya. Terdapat banyak tanah yang ditukar status daripada tanah awam kepada tanah swasta dan daripada rancangan guna tanah penempatan kepada guna tanah komersil.

 “Bagi generasi ini dan generasi akan datang, kami mengambil berat jika KL tidak akan ada lagi tanah awam,” beliau memberitahu pemberita selepas pertemuan dengan Datuk Bandar KL Tan Sri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz di ibu pejabat DBKL hari ini.

Tengku Adnan telah diminta maklum balas berkenaan perkara ini.

 Tan berkata hal ini dibangkitkan dalam pertemuan itu, manakala Amin menjelaskan prosedur biasa dituruti ketika menjual tanah tersebut.

 MP Segambut Lim Lip Eng yang turut hadir dalam pertemuan itu berkata Datuk Bandar ada menyebut proses tender terbuka ‘kadangkalanya tidak baik’.

 Menurut Lim, Datuk Bandar memberi contoh, selepas DBKL menjual sebidang tanah bernilai tinggi melalui tender terbuka kepada pembida tertinggi, pembeli itu gagal untuk membangunkan tanah itu kerana keadaan pasaran yang tidak sesuai.

 “Jadi Datuk Bandar kata jika beliau tidak dapat menjual tanah itu kepada pembida tertinggi dan bukan melalui tender terbuka, maka beliau dapat menjualnya pada harga yang berpatutan.

 “Jadi pemaju boleh menjual (unit-unit daripada projek pembangunan itu) pada harga yang lebih berpatutan kepada pembeli rumah. Justeru, semua orang akan gembira.

 Tender terbuka tidak baik

 “Beliau (Amin) juga berkata kadangkala menjual tanah melalui tender terbuka kepada pembida tertinggi bukanlah sesuatu yang baik,” tambah anggota parlimen DAP itu.

 Amin telah dihubungi bagi mengesahkan perkara ini.

 Bagaimanapun, Lim memberitahu penjelasan Amin sebagai tidak masuk akal. Beliau berhujah DBKL boleh memberikan syarat-syarat yang membolehkan ia mengambil semula tanah-tanah yang tidak dibangunkan selepas tempoh masa tertentu.

 Lim berkata Datuk Bandar juga menjelaskan keputusan kabinet baru-baru ini mengisytiharkan moratorium (pembekuan) terhadap pembangunan mewah di bandar belum lagi dilaksanakan.

 “Menurut beliau, DBKL akan membuat beberapa cadangan dan meneruskan perbincangan dengan Kementerian Kewangan mengenainya,” kata Lim (gambar, bawah).

 Terdapat kekeliruan sebelum ini berhubung keputusan kerajaan bagi mengharamkan kesemua pusat membeli-belah baru, pejabat dan unit kediaman dengan harga di atas RM1 juta ketika Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengumumkannya.

 Ia susulan laporan suku tahun Bank Negara yang memberi amaran bekalan berlebihan rumah-rumah yang tidak mampu dimiliki dalam pasaran hartanah tempatan.

 Selepas itu, beberapa menteri termasuklah Tengku Adnan menyangkal keputusan itu dan berkata ia bukanlah pengharaman sepenuhnya dan dibenarkan membuat rayuan.

 Sebuah jawatankuasa kementerian dengan lima anggota telah ditubuhkan bagi mendengar rayuan daripada pihak pemaju.

 Dalam pertemuan dengan Datuk Bandar itu, MP Wangsa Maju dari PKR Tan Kee Kwong berkata beliau telah bertanya Amin kenapa DBKL tidak berunding dengan para anggota parlimen sebelum pengumuman Bajet 2018. 

 “Kami diundi rakyat, pandangan kami berkenaan bajet Kuala Lumpur perlu ditanya,” kata beliau memberitahu wartawan dalam sidang media yang sama.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons