February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Cerita tentang Azmin Ali kembali kedengaran. Bukan daripada adik-adiknya, Azwan dan Ummi Hafilda tetapi berdasarkan kepada tindakan SPRM.

Dua minggu lepas, salah seorang anak saudaranya, Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid telah ditahan reman selama 10 hari oleh SPRM dan dibebaskan dengan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin.

Azmin Ali kemudiannya bertindak berceramah kepada para penyokongnya dan menjelaskan kononnya, anak saudaranya telah memberitahu SPRM bapa saudaranya (maksudnya, dia sendiri) tidak pernah menyeleweng, meskipun projek pengeluaran pasir haram di Selangor berada di hadapan mata Azmin Ali sendiri selaku Menteri Besar Selangor.

Beberapa portal seperti Sabahkini2.com, Selangor-Leaks, CaptainM dan sebagainya telah menyiarkan beberapa berita yang berkaitan. Turut disiarkan ialah tentang beberapa orang saudara Azmin Ali yang turut dipanggil untuk memberi keterangan. Bahkan ada juga yang sedang diburu oleh SPRM.

Agak menarik ialah apabila portal Selangor-Leaks yang pernah membuatkan Azmin Ali tidak senang duduk apabila membuat pendedahan tentang penyelewengan di UNISEL selain penyelewengan tanah oleh kerajaan negeri yang dipimpin oleh Azmin Ali sehingga mendorong beberapa laporan polis dan SPRM dibuat, turut mendedahkan usaha-usaha terkini kem Azmin Ali untuk menghalang siasatan dan tindakan undang-undang oleh SPRM terhadap Azmin dan ahli keluarganya yang terlibat. (RUJUK SINI

Portal tersebut menyatakan, satu pasukan yang berlatarbelakang akademik dari Australia telah dibentuk dan telah terlepas cakap tentang klip video seks terbaharu Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Zulkifli yang bakal dilancarkan dalam tempoh terdekat. Penyiaran dan penularan klip video tersebut dibuat dalam usaha untuk menekan dan memastikan siasatan ke atas sebarang penyelewengan dan salahguna kuasa di Selangor, tercabar dengan integriti KP SPRM sendiri.

KP SPRM sebelum ini telah ‘diserang’ dengan beberapa klip video aib ketika Shafie Apdal dan konco-konconya ditahan dan direman oleh SPRM bagi siasatan ke atas penyalahgunaan dana Kerajaan Persekutuan yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan di Sabah. Mungkin melihat keberkesanan penyiaran klip video tersebut di mana sehingga ke hari ini, Shafie Apdal, Peter Anthony dan beberapa orang konco-konconya yang lain tidak dibawa ke muka pengadilan, menyebabkan taktik yang serupa dilakukan dalam usaha menahan siasatan dan tindakan undang-undang ke atas Azmin Ali.

Azmin Ali berhadapan dengan banyak isu penyelewengan dan skandal kewangan di Selangor. Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, biarpun banyak pendedahan berserta bukti dipaparkan, tiada sebarang tindakan berkesan diambil untuk merampas kembali harta rakyat Negeri Selangor yang telah dibolot dan dijarah oleh Azmin Ali. Sebaliknya Azmin Ali sangat bijak berkata-kata dan menyalahkan pihak lawannya sebagai konspirasi politik untuk menjatuhkannya dengan fitnah tanpa dia sendiri berani menjawab atau membuat pendedahan berhubung skandal dan penyelewengan yang diperkatakan.

Antara mereka yang turut pernah membuat pendedahan tentang penyelewengan dan salahguna kuasa oleh Azmin Ali, termasuklah Rafizi Ramli dan Chegu Bard. Kedua-duanya dari PKR!



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons