February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PENGERANG 12 Dis. – Kerajaan bakal menaik taraf Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) menjadikan kesemua laluan khususnya yang menghala ke Desaru menjadi dua lorong bagi kedua-dua hala.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihaknya sudah pun mendapat kelulusan untuk projek naik taraf itu.

Katanya, kerja naik taraf itu melibatkan laluan sepanjang 26 kilometer sementara kos projek itu masih dalam peringkat perbincangan.

“Kita sudah dapat kelulusan untuk menaik taraf Lebuhraya Senai-Desaru menjadi empat lorong dua hala bagi keselesaan pengguna.

“Insha-Allah projek menaik taraf lebuh raya itu akan dibuka untuk tender pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian. ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Jalan Baharu FT092 ke Pusat Latihan Rekrut (Pularek), di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons