February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Sekarang ini negara berdepan dengan satu perkara besar yang perlu dipantau dan diambil tindakan secepatnya oleh pihak berkuasa.


Jika tidak, satu institusi tertinggi di negara dan negeri akan berterusan dihina dan diperlekeh oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Penulis merujuk kepada institusi Raja dan Sultan negeri.

Perkembangan terbaru yang berlaku semakin menyerlahkan kerisauan penulis. Lebih-lebih lagi, penghinaan terhadap institusi Sultan dilakukan secara terbuka dan dapat dibaca oleh ramai orang tanpa ditapis.

Tetapi parti DAP pasti tepuk tangan apabila melihat pihak-pihak mengutuk dan menghina institusi Sultan secara terbuka tanpa rasa hormat lagi. Tiada pun suara puak DAP apabila institusi Sultan Selangor dipertikai. Malah, Sultan Selangor pernah murka kepada parti cauvinis itu dan parti PKR sebelum ini.

Sekurang-kurangnya, parti cauvinis itu dapat menyembunyikan daripada rakyat, hasrat mereka untuk menguburkan institusi Raja perlembagaan dan diganti dengan Republik.

Kerisauan penulis terbukti jika kita merujuk kepada komen-komen portal pembangkang MalaysiaKini yang telah menjadi lubuk utama cacai pembangkang untuk mencerca, menghina dan menabur fitnah – https://www.malaysiakini.com/news/405148

Isunya ialah apabila Dr Mahathir Mohamad memulangkan kembali pingat kebesaran kepada Sultan Selangor. Lihat contoh-contoh komen yang amat jelas telah mempersenda dan menghina institusi Sultan:

Ini hanyalah sebahagian kecil daripada komen-komen yang disiarkan di dalam portal pembangkang MalaysiaKini dan Facebooknya.

Persoalannya, apakah portal pembangkang ini memang bersekongkol dengan parti DAP yang bermatlamat untuk menolak sistem Raja Perlebagaan?

Jika tidak, portal MalaysiaKini perlu buktikan dengan lebih bertanggungjawab untuk menapis komen-komen yang bersifat melampau dan menghina institusi Sultan, bukannya dibiarkan begitu sahaja.

Dalam masa yang sama, pihak berkuasa mesti bertindak tegas supaya institusi Raja dan Sultan tidak diperlekehkan sedemikian rupa.

Permulaan kepada sikap tidak hormat itu sudah wujud dan jika dibiarkan begitu sahaja serta dipupuk oleh pembangkang terutamanya DAP dan jenteranya, penulis amat khuatir Raja dan Sultan tidak dihormati lagi. Kita amat berharap agar perkara itu tidak akan berlaku dan kita akan tentang mana-mana pihak yang berniat demikian.

Contoh kenyataan puak DAP yang tunjuk pandai 

Realitinya, Perkara 32 dalam Perlembagaan mencatitkan bahawa Ketua Utama Negara bagi Persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agong.

Manakala, negeri-negeri bersultan seperti Selangor Darul Ehsan menjadi negeri di bawah Persekutuan Malaysia yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai Ketua Negeri.

Baca : Sebab Mahathir Pulangkan Pingat Kebesaran Sultan Selangor

SHARE ARTICLE :



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons