February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SIRI 1: LAPORAN KHAS SABAHKINI2

TENOM: Tangkapan SPRM terhadap bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Dato’ Seri Shafie Apdal 19 Oktober lalu bersama 10 individu lain termasuk adiknya berhubung siasatan penyelewengan dana KKLW RM1.5b mempunyai kaitan dengan projek infrastruktur luar bandar seperti projek Jalan (JALB), Bekalan Air ( BALB), Elektrik (BELB), perumahan (PPRT) dan lain-lain lagi.

SPRM menyiasat 350 projek dan lebih 60 syarikat terlibat. Siasatan SPRM sangat berasas kerana tiada perkataan dapat menggambarkan betapa projek pembangunan rakyat untuk orang miskin luar bandar di Sabah diseleweng dan merugikan rakyat.

Menyedari betapa pentingnya projek infrastruktur kepada rakyat pihak Sabahkini2 telah melakukan kerja-kerja lapangan di negeri Sabah untuk mengutip maklumat terus daripada rakyat tentang pelaksanaan projek-projek yang gagal atau dibuat tanpa perancangan yang betul sehingga berlakunya pembaziran besar kepada peruntukan kerajaan.

Siri 1: Laporan Khas Sabahkini2 mendedahkan Video ‘Projek Jalan Monyet’iaitu Projek menaiktaraf Jalan Kemabong-Marrais, Tenom, HQ 115/2011 (F) bernilai RM22.5 juta yang dibina di kawasan itu tidak ada penghuni melainkan kebun milik individu tertentu sedangkan Projek Jalan Bakuku yang dihuni ramai orang hanya dibina RM2 juta.

Lebih malang projek sejauh 8 kilometer itu dilaksanakan secara ‘cincai’ dan tidak berkualiti.

Pihak Sabahkini2 turut bertemu dengan Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi bersama dengan pemimpin tempatan serta penduduk kampung sendiri melihat secara dekat tentang projek yang dilaksanakan oleh Datuk Seri Shafie Apdal bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) selama enam tahun di Parlimen Tenom.

Projek menaiktaraf jalan ini menimbulkan pelbagai tanda tanya dari penduduk kampung berdekatan terutama penduduk kampung Sugiang Tengah dan Sugiang Baru yang mempunyai jumlah penduduk seramai 1000 orang. Kenapa keutamaan jalan raya tidak diberikan kepada keperluan penduduk?

Menurut Sapinat Sakai penduduk Kampung Sugiang jalan yang mereka pohon tidak dibuat.

“Seperti perumpamaan ‘Lain yang gatal lain yang digaru’ Lain yang kami pohon, lain yang kena buat, berapa sangat orang yang ada di bukit sana tu?. Langsung tiada kampung.katanya

Mansiang Sumakit, JKKK Kampung Tilis turut mempersoalkan jalan itu.

“Kami tengok ada jalan yang kami nampak, Jalan Marais itu tiada orang, penduduk pun tiada, hutan saja. Kenapa boleh ada tar (asphalt)? Kami penduduk kampung ramai tapi mengapa jalan tidak di tar?”. katanya

Menurut Datuk Raimi Unggi, Dato’ Seri Shafie Apdal gagal melaksanakan tanggungjawabnya mewakili suara rakyat terutamanya di Sabah. Peruntukan berbilion ringgit oleh Kerajaan Persekutuan untuk membangun dan membela masyarakat luar bandar lebih banyak pembaziran dan mengalami kegagalan disebabkan pelaksanaan projek yang tidak mengikut sasaran dan keperluan rakyat.

Projek-projek pembangunan yang dilaksanakan terutamanya di Sabah banyak yang mengalami masalah dan aduan negatif daripada penduduk yang kesal dengan pelaksanaan projek yang dilihat tidak mengikut spesifikasi dan hanya memberi keuntungan kepada kroninya sahaja.

“Saya sudah bantah sebelum dilaksanakan. Bila saya dengar ura-ura jalan itu akan diluluskan. Saya minta menteri dan kerajaan tolong pindahkan projek ini kepada jalan raya di mana kepadatan penduduknya ada. Kata Raimee

Beliau menegaskan bahawa menteri KKLW terdahulu tidak prihatin dan komited dalam membela nasib masyarakat di kawasan luar bandar.

“Tidak ada perbincangan atau makluman kepada saya sebagai wakil rakyat di Parlimen Tenom apabila mereka (KKLW) di bawah Datuk Seri Shafie Apdal dahulu berhubung sebarang perancangan pembangunan yang dilaksanakan di Tenom.

“Saya sudah berkali-kali menyatakan kepada pihak kerajaan apabila melaksanakan projek tengok pada keutamaannya. Manfaat kepada orang kampung itu sendiri. Jangan buat di tempat yang tiada orang.”. tambahnya lagi

“Ini telah berlaku di banyak tempat di kawasan saya sehingga kami sebagai wakil rakyat di daerah ini yang dipersalahkan kerana tidak membangunkan kawasan luar bandar terutamanya pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jalan raya yang tidak sampai kepada golongan sasar.

“Antaranya adalah jalan Kemabong-Marais, jalan Ulu Tomani dan Bakuku yang tidak sampai kepada golongan sasar dan tidak mengikuti piawaian yang sepatutnya malah menggunakan peruntukan sehingga jutaan ringgit. Ia adalah satu pembaziran duit rakyat,” katanya ketika ditemui

Raime berkata situasi itu agak serius dan telah menyebabkan pembaziran peruntukan yang besar serta merugikan rakyat Sabah yang mempunyai harapan tinggi sewaktu Shafie menyandang jawatan menteri.

Bukan itu sahaja, Shafie dan pegawainya ketika itu tidak mempedulikan wakil rakyat daerah ini dan mereka merancang pembangunan sesuka hati tanpa berhubung dengan beliau, pengerusi JKKK mahupun pejabat daerah. Mereka seolah-olah mengambil alih tugas dan tanggungjawab wakil rakyat di kawasan Parlimen Tenom dan DUN Kemabong

“Shafie hari ini bersama Parti Warisan yang ditubuhkannya melaungkan hasrat untuk membela nasib rakyat Sabah. Tetapi apa yang rakyat perlu tahu dan sedar semuanya adalah untuk kepentingan peribadinya sahaja dan bukan untuk rakyat Sabah.

“Sabah walhal selama menjadi menteri KKLW apa yang telah beliau lakukan?

“Lebih banyak ketirisan, rasuah dan pembaziran berbilion duit rakyat dalam pelaksanaan pembangunan infrastruktur yang gagal, tidak mencapai sasaran dan memenuhi kehendak rakyat di Sabah termasuklah kawasannya sendiri di Semporna,” katanya.

Ini disokong oleh seorang penduduk Kampung Tilis, Marius Muli puncanya kegagalan Shafie Apdal.

“Sampai sekarang memang saya tahu Datuk Shafie Apdal yang silap kerana dia yang beri kelulusan tapi sekarang sudah keluar parti jadi kita tidak tahu. Dia cakap jalan ini memang sudah lulus tapi sampai sekarang tiada”.

Laporan Khas Siri 2: 

Sabahkini2 akan meneruskan pendedahan kegagalan projek Shafie Apdal di Sabah. Rakyat Sabah perlu tahu apa yang dilakukan oleh Dato’ Seri Shafie Apdal ketika menjawat jawatan Menteri KKLW. Yang pasti rakyat derita, rugi, berlaku pembazairan dana tetapi Shafie dan Kroni Shafie kaya -raya dari projek KKLW yang telah diseleweng sehingga kegiataannya dibongkar oleh SPRM.

Sabahkini2.com



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons