February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic

 

 

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Mohd
Yunos mendakwa, DAP sedang merancang untuk mengangkat bekas menteri
Datuk Zaid Ibrahim sebagai menteri besar di Selangor sekiranya Pakatan
Harapan (PH) berjaya menawan negeri itu lagi.

 

Ujar beliau yang mengetahui rancangan itu melalui sumber dalaman parti
itu, tidak mustahil DAP berbuat demikian ekoran memiliki majoriti kerusi
DUN paling tinggi berbanding PKR dan Amanah.

 

“Rancangan DAP, kita tahu Zaid Ibrahim ini adalah orang DAP,
perancangan DAP dari dalaman kerana di dalam parti itu sekarang ada
orang Melayu, jadi benda ini bocor daripada orang daripada kawan-kawan
lain yang berada di dalam DAP.

 

“DAP telah menyusun dan mencipta menteri besar setelah PRU akan datang
kerana kita tahu sekarang ini DAP tidak sebulu dengan Azmin Ali dan mahu
menjadikan Zaid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor selepas PRU14.

 

“Kerana DAP yakin kerusi DUN di dalam Selangor ini jika Pakatan berjaya
sekali lagi DAP akan mempunyai kerusi yang paling banyak dan mereka
akan menuntut wakil rakyat daripada DAP untuk menjadi Menteri Besar,”
katanya dalam satu sidang media pagi tadi.

 

Selangor kini berada di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada parti PKR.

 

Dalam pada itu, selepas sehari pembebasannya daripada tahanan reman
polis akibat ugutannya terhadap Zaid, Jamal hari ini sekali lagi
mempersoal mengapa tiada tindakan yang diambil terhadap bekas pemimpin
itu, walaupun telah menghina Sultan Selangor. 

 

“Saya langsung tidak mempertikai penahanan saya tersebut cuma saya nak
tanya kepada pihak polis, bila Zaid akan ditahan?, sedangkan saya sudah
diambil tindakan dengan diambil keterangan dan ditangkap untuk
memberikan kerjasama sedangkan Zaid hanya diambil keterangan tanpa
ditahan.

 

“Saya bukan ingin membandingkan apa-apa tetapi sewajarnya sebagai orang
yang mempertahankan kebiadaban beliau terhadap Sultan Selangor,”
ujarnya lagi

 

Semalam, beliau dibebaskan daripada tahanan reman selama dua hari
bermula Sabtu atas dakwaan ugutan terhadap Zaid pada Rabu lepas di
Perhimpunan Agung Umno 2017.

 

Beliau ditahan bagi membantu siasatan kes berkaitan beberapa gimik yang
dibuatnya berhubung sikap kurang ajar dan kebiadapan Zaid terhadap
Sultan Selangor.

 

Zaid sebelum itu menerusi Twitter mempertikaikan titah Sultan
Sharafuddin yang mengkritik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad.

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons