February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KOTA BHARU 13 Dis. – Hampir 1,000 peserta menghadiri Wacana Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Siri Ke-6 anjuran Kerajaan Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) di Dewan Jamuan Utama Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra telah berkenan merasmikan wacana dengan tema ‘Salaman: Kemuncak Tanggungjawab Insan’ itu dan turut menyampaikan titah diraja.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dalam ucapan aluannya berkata, siri wacana yang bermula sejak 2012 itu pada kali ini mengangkat konsep ‘Salaman’ atau kesejahteraan yang merupakan salah satu tonggak dalam budaya Islam.

“Program wacana ini adalah sebahagian daripada usaha merealisasikan pelan transformasi umat untuk membangunkan masyarakat bertaqwa di negeri ini.

“Islam sangat memberi penekanan kepada usaha mewujudkan kesejahteraan dalam masyarakat yang merupakan tanda aras kehidupan masyarakat majmuk ketika ini.

“Pentadbiran yang mementingkan keamanan dan kesejahteraan rakyat akan mewujudkan masyarakat yang selamat dan negara yang harmoni dan diberkati,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons