February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Persidangan
Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu hari ini diberitahu terdapat 13
masjid di seluruh negeri ini yang dikesan mendirikan solat Jumaat tanpa
kebenaran.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia & Tugas-Tugas Khas
negeri, Ghazali Taib berkata sembilan masjid tersebut berada di daerah
Besut dan masing-masing sebuah di Marang, Dungun, Kuala Nerus dan
Kemaman.

Beliau berkata pada 22 Februari 2015, mesyuarat Jawatankuasa
Penasihat Hal Ehwal Islam Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
(Maidam) bersetuju memberi kebenaran mendirikan solat Jumaat kepada
tujuh surau di Besut, tertakluk kepada beberapa syarat.

“Syarat pertama,pemohon perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 80
tandatangan pemastautin. Kedua, ia tidak akan menjejaskan solat Jumaat
di masjid sedia ada, tidak dibenarkan mempamerkan sebarang simbol atau
kenyataan berkaitan parti politik dan Maidam boleh mengawal surau
tersebut.

“Permohonan kebenaran mendirikan solat Jumaat oleh surau Kampung Tok
Saboh di Besut pula ditolak oleh Maidam kerana jaraknya dengan masjid
sedia ada kurang daripada satu kilometer.

“Selain itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) pernah
mengarahkan Masjid Lama Tebing Tembah di Paka, Dungun agar tidak lagi
mendirikan solat Jumaat, namun masyarakat mengingkari arahan itu.
Sehubungan itu, Bahagian Penguatkuasaan JHEAT membuat pemantauan ke atas
masjid tersebut,” katanya.

Beliau menjawab soalan lisan Mohd Iskandar Jaafar (BN-Jabi) di persidangan Dun hari ini.

Menjawab soalan tambahan Mohd Iskandar mengenai terdapat empat masjid
mendirikan solat Jumaat dalam radius tiga kilometer sehingga
menjejaskan kehadiran jemaah di masjid lama, Ghazali berkata kerajaan
negeri tidak mahu mengambil tindakan tegas terhadap pengurusan masjid
atau surau yang tidak mendapat kebenaran Maidam itu.

Sebaliknya, beliau menegaskan dakwah secara berhikmah perlu dibuat
untuk menarik semula kehadiran jemaah ke masjid yang mendapat kebenaran
Maidam sahaja.

“Sebenarnya, jumlah masjid yang mendirikan solat Jumaat tanpa
kebenaran ini sudah semakin berkurangan hasil pendekatan berlembut
diambil kerajaan negeri.

“InsyaAllah, kita akan terus berusaha untuk memastikan masyarakat
faham pentingnya mengimarahkan masjid terdekat yang berada di kampung
mereka sendiri untuk melaksanakan ibadah ini,” katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons