February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Sudah menjadi
kelaziman kebanyakan orang makan makanan yang masih panas dan ada juga
dalam kalangan mereka yang menghangatkan semula makan sebelum
menikmatinya semula.

Namun, tahukah anda bahawa tidak semua
makanan yang dipanaskan semua biarpun bagi anda, rasa makanan itu tetap
sama dan adakalanya mungkin lebih sedap,

Biarpun begitu, sebenarnya tubuh kita tidak
‘merelakan’ makanan yang dipanaskan semula kerana beberapa makanan
mungkin menjadi racun apabila dihangatkan semula dan boleh menyebabkan
kanser.

Berikut merupakan tujuh jenis makanan yang boleh menjadi racun jika dipanaskan semula:-


Ayam

Ayam goreng sodap
ELAKKAN daripada memanaskan semula makanan berasaskan ayam kerana berisiko kehilangan proteinnya

Daging ayam sangat sedap dan menggiurkan ketika
panas namun adalah lebih baik tidak dipanaskan semula apabila makanan
itu sudah sejuk. Protein yang terdapat dalam daging ayam akan berubah
mengikut caranya dipanaskan serta boleh mengganggu sistem pencernaan.
Jika terpaksa, panaskan dengan api yang kecil dalam tempoh waktu yang
singkat.


Bayam

Bayam penyebab kanser
BAYAM boleh menyebabkan seseorang mendapat kanser jika kerap memanaskannya semula.

Siapa yang tida gemarkan bayam? Kebanyakan
daripada kita sukakannya apatah lagi bayam sangat baik untuk gizi tubuh.
Jadi, tidak hairanlah jika ada suri rumah yang menyimpan bayam dalam
nisbah yang besar untuk dimakan hingga ke sebelah malam.

Itu tidak salah namun lain ceritanya jika bayam
kerap dipanaskan. Sayuran ini mengandungi nitrat yang akan berubah
menjadi campuran nitrat ketika dipanaskan. Nitrat inilah yang akan
menyebabkan seseorang itu diserang kanser.


Kentang

Kentang hilang khasiat
NUTRISI dalam kentang akan hilang jika dipanaskan semula. –

Kentang merupakan salah satu sumber makanan yang
cukup popular kerana boleh disajikan dalam pelbagai bentuk. Namun,
kentang selepas dipanaskan semula, nutrisi yang terkandung di dalamnya
akan hilang.

Sama seperti bayam, kentang akan mengalami
proses pengoksidaan ketika dipanaskan. Proses tersebut akan membuatkan
tubuh berdepan campuran racun berbahaya.


Telur

Telur ayam jadi pilihan
TELUR ayam perlu dimakan segar dan elakkan daripada dipanaskan semula. – 

Telur merupakan makanan sihat yang mengandung
vitamin A, kalsium, vitamin B6, vitamin B12, dan fosforus. Telur akan
menjadi bahaya jika tidak digunakan segar.


Gorengan

Makanan bergoreng
KADAR kolestrol bakal meningkat apabila makanan bergoreng dipanaskan semula. 

Makanan yang digoreng sememangnya menjadi
pilihan namun jangan sesekali mengambil langkah memanaskannya semula.
Seperti sedia maklum, menggoreng memerlukan banyak minyak ketika
melakukannya.

Jadi, jika dipanaskan semula, makanan tersebut
akan mengandungi lebih banyak minyak sekali gus menyebabkan kadar
kolesterol menjadi semakin tinggi.


Cendawan

Cendawan goreng
CENDAWAN merupakan antara makanan popular di negara ini

Cendawan juga boleh menyebabkan gangguan sistem
pencernaan jika dipanaskan semula. Apa pun cara memasak cendewan sama
ada digoreng atau dibuat sup, adalah lebih baik tidak dipanaskan semula.

Ini kerana tindakan tersebut akan menyebakan protein dalam cendawan hilang dan senyawa jahat akan masuk ke tubuh.


Santan

Makanan bersantan
PENINGKATAN jumlah kolestrol bakal berlaku jika makanan bersantan dipanaskan semula. 

Kebanyakan makanan lazat mempunyai santan.
Biarpun mempunyai rasa yang sedikit berbeza ketika sejuk atau dingin,
lebih baik dimakan begitu sahaja.

Ketika santan dipanaskan semula, lemak yang
terdapat dalam santan akan bertukar menjadi lemak jahat seterusnya
meningkatkan jumlah kolestrol. – DETIK.COM



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons