February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PENJELASAN:

Kementerian Kesihatan Malaysia memperjelaskan kenyataan bahawa Kedutaan Kerajaan Arab Saudi melarang penjualan air zam-zam di mana-mana kedai termasuklah kedai-kedai buku di sekitar Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook

Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air zam zam secara percuma kepada jemaah haji dan umrah serta pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti yang terhad semasa berlepas dari Arab Saudi. Sehubungan itu, penjualan air zam zam tidak dibenarkan di Malaysia.

Dalam hal ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah bersetuju supaya KKM mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air zam zam  memandangkan ia di bawah bidang kuasa KKM. Selaras dengan ini, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air zam zam berdasarkan Seksyen 4(1)(f), Akta Makanan 1983.

SUMBER :

Ketua Pengarah Kesihatan

Bernama

Berita Harian

Astro Awani



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons