February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Tersebar meluas di media-media sosial promosi produk terbaru dari Kerajaan Pakatan Harapan Selangor yang diberi nama Kasih Ibu Smart Selangor (KISS). Diwar-warkan sesiapa anak Selangor dan pengundi di Selangor bolehlah mendaftar diri di pejabat-pejabat ADUN atau penyelaras DUN.

Sayangnya, produk KISS hanya untuk pendapatan seisi keluarga di bawah RM2,000 atau dalam erti kata lain keluarga ‘miskin tegar’. Persoalannya, bukankah senarai miskin tegar Selangor sudah ada dalam ‘database’ Kerajaan Negeri terutama di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang melibatkan Melayu dan bukan Melayu serta Pusat Zakat Selangor (PZS) bagi Melayu Islam?

Kenapa Kerajaan Negeri tidak terus melakukan pemberian melalui JKM dan  PZS? Cara ini bukan perkara baru malah telah dilakukan oleh Kerajaan Pusat melalui pemberian BR1M dengan meletakkan tanggungjawab kepada Jabatan Pendaftaran Negata (JPN) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menguruskan pendaftaran dan memperolehi maklumat secara ‘online’?

Kenapa dihadkan produk ini hanya kepada golongan Ibu sahaja? Sudahlah kaum Ibu sahaja malah syarat lain adalah menetap lebih dari 10 tahun! Kenapa pula hanya terhad kepada kedai-kedai terpilih sahaja? Tambahan lagi, kenapa hanya terhad kepada pembelian barang-barang tertentu sahaja? Bagaimana dengan golongan bujang yang berpendapatan bawah RM2,000? Golongan ini tidak pentingkah?

Adakah ini merupakan ‘dedak politik’ kerana umum mengetahui Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) hampir tiba. Kita meragui propaganda KISS sebagaimana kita meragui keberkesanan produk Tawas, Peduli Sihat, janji bantuan Anak Selangor ke universiti, bantuan ibu tunggal, bantuan ibu yang tidak bekerja dan lain-lain janji yang pernah dilaungkan oleh kerajaan negeri Selangor sebelum ini? 

Hanya yang pasti bantuan air percuma 20ml padu masih diteruskan. Itupun adalah usaha Mantan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim dan bukannya DS Azmin Ali.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons