February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ALOR SETAR 13 Dis. – Kerajaan negeri menafikan Perbadanan Menteri Besar (MBI) melanggar syarat perlesenan yang digariskan Jabatan Perhutanan negeri terhadap kerja-kerja pembangunan di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, pihaknya tidak harus dipersalahkan atas kelalaian melakukan kerja-kerja pembangunan di kawasan hutan tersebut yang dilakukan pengusaha ladang yang mendapat kebenaran daripada MBI.

“Bukan MBI yang langgar syarat (Jabatan Perhutanan) sebaliknya kontraktor atau pengusaha yang membuka ladang tersebut. Memang MBI yang mendapat kelulusan tetapi diberikan kepada pengusaha untuk melakukannya.

“Keputusan ini dibuat oleh Menteri Besar terdahulu iaitu Ustaz Azizan (Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak) dan Mukhriz (Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir).

“Saya sudah bagi tahu dalam dewan (sidang Dewan Undang Negeri) bahawa saya belum pernah beri kelulusan (meneroka hutan simpan) satu ekar pun untuk membuat ladang,” katanya selepas program Kembali Ke Sekolah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu banjir lumpur di Kampung Balong Ayam, Kampung Chong dan Kampung Durian Burung yang didakwa berpunca daripada kerja-kerja pembalakan Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik.

Kira-kira 100 murid daripada keluarga kurang berkemampuan di daerah ini menerima beg sekolah serta baucer bernilai RM100 daripada Rangkaian Hotel Seri Malaysia bagi membuat persiapan kembali ke sekolah pada 1 Januari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons