February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


BATTAMBANG 13 Dis. – Kerana pernah merasai pengalaman Perang Saudara di negara ini, seorang lelaki tekad untuk menyertai Pusat Tindakan Periuk Api Kemboja (CMAC) selepas tamatnya peristiwa itu.

Lelaki berkenaan, Eng-Savy, yang kini menjawat jawatan sebagai ketua pasukan di tapak pembersihan periuk api Traeng Commune berkata, dia melihat pelbagai tragedi menyayat hati sewaktu itu seperti pembunuhan dan sebagainya.

Sejurus selepas perang tersebut tamat pada 1998, dia bekerja di CMAC pada tahun sama dan sehingga kini masih lagi kuat menabur bakti membersihkan tapak periuk api.

“Saya takut melihat peperangan ketika itu.Malah waktu itu, saya masih di alam persekolahan.

Pembunuhan, senjata dan kereta kebal merata-rata. Namun kini segalanya mula berubah sedikit demi sedikit,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya lagi, hidupnya mulai berubah selepas menyertai CMAC sejak 19 tahun lalu.

“Kini, saya mampu membeli tanah sendiri untuk tujuan pertanian dan menyara pendapatan keluarga,” jelasnya.

Menurutnya lagi, banyak periuk api di kebanyakan kawasan di Battambang berjaya dibersihkan atas hasil usahanya selama ini.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons