February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Antara seruan yang diutarakan oleh Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung parti itu baru – baru ini adalah supaya pemimpin disemua peringkat mengadakan ‘Genjatan Senjata’.

Genjatan senjata yang dimaksudkan adalah supaya kepimpinan disemua peringkat UMNO, terutama diperingkat Bahagian melupakan segala sengketa dalaman yang berlaku sebelum ini.

Dari satu sudut, seruan yang dinyatakan oleh Presiden UMNO itu seolah – olah memberikan gambaran bahawa ada wujudnya perbalahan dikalangan pemimpin – pemimpin parti itu sendiri.

Soalnya, sejauh mana seruan yang dinyatakan oleh YAB Datuk Seri Najib itu sampai kepada pemimpin akar umbi parti secara menyeluruh? Adakah semua pihak sedia akur dengannya?

Kalau dilihat secara dasarnya, seruan Presiden UMNO itu seolah – olah tidak memberikan sebarang kesan kepada pemimpin UMNO yang masih lagi dilihat terus berbalah sesama sendiri.

Nak pulak didalam laman media sosial. Dari pemantauan yang dibuat, jelas kelihatan masih ada lagi suara – suara sumbang dikalangan pemimpin Bahagian yang menghentam sesama mereka.

Sama ada perbalahan itu berlaku secara nyata atau sebaliknya, namun jelas ianya tetap wujud. UMNO Bahagian dengan cara mereka, Pemuda pula dengan haluan sendiri. Wanita apatah lagi.

Hakikatnya, kewujudan perbalahan seperti itu hanya akan menjejaskan gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang. Tapi, adakah pemimpin UMNO sedar mengenainya?

Rasanya sehingga ke hari ini, masih ada lagi dikalangan pemimpin UMNO yang sibuk mencatur Politik hanya untuk menjaga kepentingan peribadi mereka sendiri. Bukannya untuk parti.

Ke kawasan pun mereka jarang turun padang, tapi sibuk dok menyalak dalam laman media sosial memburukkan pemimpin itu dan ini dengan pelbagai dakwaan serta alasan yang tak masuk akal.

Malah tak kurang juga pemimpin yang sedang mengatur gerak kerja untuk meletakkan dirinya sebagai calon sehingga sanggup mengabaikan tugas bagi memenangkan PRU yang akan datang.

Bagi sesetengah pihak, mungkin tindakan seperti itu dianggap normal. Tetapi dalam keadaan Politik getir seperti hari ini, ianya satu langkah yang merugikan parti. Atau dalam erti kata mudahnya, BODOH.

Pokok pangkalnya, seruan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib itu adalah untuk kepentingan parti. Tapi adakah pemimpin UMNO diperingkat Bahagian ambil peduli? Kalau setakat Presiden je yang beria, tapi pimpinan di Bahagian masih ditakuk lama, apa gunanya!!!




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons