February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SEREMBAN – Seremban akan diiktiraf sebagai bandar raya tahun depan, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sehubungan itu katanya Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis
Perbandaran Nilai yang juga terletak dalam daerah Seremban akan
digabungkan menjadi Majlis Bandaraya Seremban.

“Kita sedang menunggu bangunan baharu untuk Majlis Bandaraya Seremban beroperasi siap diubah suai.

“Bangunan ini dulunya merupakan sebuah pasar raya besar yang terletak
di Rahang dan apabila siap serta beroperasi kelak, ia akan memudahkan
orang ramai membuat urusan berkaitan,”katanya kepada pemberita selepas
mesyuarat Exco kerajaan negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata Majlis Bandaraya Seremban itu akan mempunyai pejabat
wilayah di sesetengah kawasan seperti Nilai, Mantin dan Rantau bagi
memudahkan unit pengurusan dan penguatkuasaan menjalankan tugas.

Mohamad turut memberi jaminan kenaikan taraf Seremban sebagai bandar
raya tidak akan menyebabkan kenaikan cukai pintu sekalipun kali terakhir
cukai pintu disemak ialah pada 2006.

“Kenaikan cukai bukan syarat utama untuk menjadi sebuah bandar raya.
Dengan itu, saya umumkan tarif cukai pintu di Negeri Sembilan tidak akan
dinaikkan bagi 2018,”katanya.

Beliau juga menegaskan penggabungan dua pihak berkuasa tempatan terbabit tidak akan melibatkan pengurangan tenaga kerja.

Status bandar raya itu diluluskan kerajaan persekutuan pada 2012.

Pada masa ini Majlis Perbandaran Nilai mentadbir daerah Seremban yang terletak di luar seliaan Majlis Perbandaran Seremban.

Ketika ini Malaysia mempunyai 13 bandar raya iaitu Kuala Lumpur,
Ipoh, Kuching, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Shah Alam, Melaka, Alor
Setar, Miri, Petaling Jaya, Kuala Terengganu, George Town dan Iskandar
Puteri.— BERNAMA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons