February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengesahkan siasatan sedang
dijalankan terhadap portal berita The Malaysian Insight (TMI) berhubung
penyiaran satu artikel tentang Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)
mengenai kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia pada
1990-an.

 Dalam satu kenyataan di sini hari ini, SKMM berkata pihaknya akan
memanggil editor, pengarah dan individu yang terlibat untuk sesi rakaman
percakapan bagi membantu siasatan berhubung artikel editorial yang
bertajuk ‘A sham of an RCI’.


“Sehubungan dengan itu, MCMC menggesa agar semua pihak tidak membuat
sebarang spekulasi dan memberikan ruang untuk siasatan yang adil dan
saksama dijalankan,” demikian menurut suruhanjaya itu.

Pada sesi perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang berakhir Sabtu
lalu, seorang perwakilan dilaporkan menggesa agar pemilik portal berita
itu disiasat lantaran sering menyiarkan laporan yang menghina kepimpinan
parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Pada 9 Dis lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr
Salleh Said Keruak dilaporkan berkata MCMC sedang menyiasat sama ada TMI
telah melanggar sebarang undang-undang dalam tuduhan laporan berita
menghina perdana menteri.— BERNAMA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons