February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PUTRAJAYA – Mana-mana penganjur sukan yang gagal mengikut
peraturan Suruhanjaya Pembangunan Sukan Malaysia boleh denda maksimum
sehingga RM500,000.

 

Ini perkara utama bakal diutamakan dalam pindaan Akta Pembangunan
Sukan 1997 yang dijangkakan pada tahun 2018, kata Menteri Belia dan
Sukan, Khairy Jamaluddin.

 

Katanya, KBS telah memulakan proses perbincangan dengan semua pihak
berkepentingan semenjak tahun 2015 lagi untuk membawa pindaan pada akta
tersebut sambil mengesahkan pindaan itu bukan sekadar isu berkaitan
penganjur sukan semata-mata.

 

“Oleh kerana kali pertama kita hendak membawa pindaan pada akta
ini, banyak perkara sebenarnya memerlukan pindaan yang sedang diteliti
secara terperinci dan sudah pasti ia akan memakan sedikit masa kerana
perlu berbincang dengan semua pihak berkepentingan dalam sukan.

 

“Jadi, status untuk meminda akta itu kini berada di peringkat
terakhir dan pegawai undang-undang kementerian sedang menguruskannya,
kita akan hantar draf pindaan itu kepada pertimbangan Jabatan Peguam
Negara.

 

“Kalau persidangan Parlimen pada Mac ini diadakan, jika sempat
sebelum PRU-14, kita akan cuba membawa ke Dewan Rakyat untuk kelulusan
pindaan itu tetapi sebelum itu ia memerlukan kelulusan Peguam Negara,
Tan Sri Mohamad Apandi Ali,” katanya dalam sidang media hari ini.

 

Khairy terdahulu mengadakan pertukaran Memorandum Persefahaman
antara KBS dan tujuh syarikat industri gergasi negara, Universiti
Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Kelantan selain merasmikan
Kick-Off Kafe Autism di KBS di sini.

 

Dalam pada itu, tambah beliau, tidak boleh memastikan tempoh masa
yang akan diambil Peguam Negara untuk meluluskan draf pindaan akta
tersebut untuk dibentang di Parlimen nanti.

 

Sementara itu, katanya beliau akan duduk bersama Pesuruhjaya
Pembangunan Sukan, Datuk Zaiton Othman untuk meneliti langkah yang boleh
diambil dalam akta sedia ada supaya lebih jelas dan relevan dalam
melakukan pindaan.

 

Ujar beliau, pihaknya perlu tampil dengan keputusan terbaik sebelum
meneruskan pindaan akta dan Pejabat Suruhanjaya Sukan hanya berperanan
sebagai penyelaras sahaja bukan penguat kuasa.

“Jadi, adalah tanggungjawab terletak diatas awam untuk membuat laporan mengenai mana-mana aktiviti sukan yang tiada kelulusan.

 

“Polis dan Pihak Berkuasa Tempatan mesti memeriksa dengan pejabat
suruhanjaya sukan dan memastikan sama ada sesuatu penganjuran itu
mendapat kelulusan lesen sebelum memberi kebenaran sesuatu perlumbaan
atau marathon dianjurkan.

 

“Sudah pasti pejabat Suruhanjaya Sukan tak mempunyai pakar yang
boleh menasihati penganjur kejohanan seperti marathon, dan sebab itulah
kita bekerjasama dengan persatuan sukan kebangsaan yang mempunyai pakar
teknikal sesebuah acara besar dan ini antara perkara yang hendak
diperketatkan dalam pindaan akta nanti,” tegasnya – MalaysiaGazette

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons