February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Ahli DAPigs, Zaid Ibrahim hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung tulisannya menerusi akaun Twitter, yang didakwa mempersoal titah Sultan Selangor kira-kira jam 9.30 pagi tadi. 

Bekas ahli PKR itu juga turut ditemani peguamnya yang juga Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng; bekas Exco Selangor, Ronnie Liu serta beberapa lagi penyokong.

Zaid yang ditemui pemberita selepas memberi keterangan berkata, siasatan adalah berkenaan tweet beliau beberapa hari lalu mengenai Sultan Selangor. 

“Saya berpuas hati dengan cara ia dilakukan, pegawai yang terbabit amat profesional dan siasatan menjurus kepada tweet yang dibuat menerusi akaun Twitter, saya akan tunggu hasilnya nanti.

“Saya jelaskan tweet itu adalah respon daripada kenyataan sultan tentang (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dan saya jelaskan bahawa itu adalah pandangan saya. Itu bukan pandangan kumpulan lain atau parti lain atau pembangkang, itu kenyataan saya.

“Ramai yang berkata saya ingin menghasut, saya kurang ajar dan biadab, tetapi bila kita bercakap tentang raja berperlembagaan, kita perlu bercakap benar,” katanya lagi. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun semalam mengesahkan arahan memanggil Zaid untuk memberikan keterangan. Beliau disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan sebanyak dua laporan polis sudah dibuat berkaitan isu terbabit.

Terdahulu Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi wawancara bersama The Star bertitah mengenai kegusaran baginda terhadap golongan yang membangkitkan isu sensitif untuk kepentingan peribadi dan menarik undi.

Baginda juga bertitah bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai “rasa rendah diri yang kompleks dan kebencian mendalam” yang boleh “membakar seluruh negara”.

Zaid kemudiannya memberikan respon terhadap titah Sultan Sharafuddin, dengan menyatakan Sultan Selangor itu harus berhati-hati dalam mengeluarkan titah. 

Tulisannya di Twitter berbunyi: “Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar”.

Sungguhpun didesak pelbagai pihak agar memohon maaf atas tulisan keterlaluannya itu, Zaid bagaimanapun tidak berbuat demikian sehingga hari ini.




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons