February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Bekas ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris berkata,
beliau menyertai PKR yang memberi lebih banyak ruang untuk ahlinya
menegur dan melawan kerajaan pimpinan Najib Razak.

perkasa-pkr2

PETALING
JAYA: Seramai 35 ahli dan bekas pemimpin Perkasa menyertai PKR hari ini
kerana yakin parti itu mampu menentang kerajaan Barisan Nasional (BN)
pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Bekas ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris berkata, beliau
menyertai PKR yang memberi lebih banyak ruang untuk ahlinya menegur dan
melawan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Motif kita perjuangan untuk rakyat. Kita masuk PKR sebab perjuangan parti itu selari apa yang kita inginkan.

“Dari 2013, kita sudah tegur Najib semasa di dalam Perkasa, tetapi
suara kami tak didengar. Jadi, macam-macam janji tidak dikotakan, saya
terpaksa masuk PKR untuk lawan Najib.

“Kita sudah tegur cara baik dan desak Najib letak jawatan, tetapi tak
berjaya, jadi masuk PKR untuk lawan Najib,” katanya di Ibu Pejabat PKR.

Selain Irwan, 3 bekas pemimpin Perkasa yang menyertai PKR adalah
bekas naib ketua Wiranya, Syamzari Putera Mohd Noh dan bekas exco Wira,
Muhammad Hafiz Zulkifly serta Zulkarnain Haron.

Muhammad Zahiruddin Zulkamar yang masih memegang jawatan penolong setiausaha Wira Perkasa turut menyertai parti reformasi itu.

Irwan berkata, mereka bertekad mahu menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib walaupun tiada sebarang jawatan dalam PKR.

“Soal jawatan saya serah kepada kepimpinan PKR untuk tentukan. Kita akan bantu parti untuk tumbangkan Najib.”

perkasa-pkr

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin berkata,
parti itu sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak, selagi mereka percaya
dengan agenda reformasi PKR.

Beliau berkata, PKR berharap penyertaan ahli baharu itu akan memberi kekuatan dan meluaskan pengaruh mereka.

“Saya doakan agar mereka semua diberikan kekuatan dan istiqamah untuk
terus bersama dalam perjuangan menuntut perubahan di negara ini.”

Dalam perkembangan lain, Afif menafikan PKR parti Melayu liberal.

“Tidak timbul PKR parti Melayu liberal, PPBM parti Melayu Islam.

“Kita semua dalam satu blok pembangkang dan akan bersatu memperjuangkan hak semua kaum demi perubahan negara,” katanya.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons