February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Ini lagi lah…..dengan Israel pun jadi

Semalam heboh dalam beberapa grup WhatsApp dan Facebook menyiarkan gambar tentang mesyuarat antara Barisan Nasional dengan Parti Komunis China (Pemerintah).

Geng Parti Cap Bunga Layu menuduh kononnya kerajaan BN dipengaruhi budaya komunis dan mengamalkan ideologi komunis.

Mengapa sampai begitu sekali macai-macai bunga nak kutuk BN? Mereka sudah lupakan bahawa zaman pentadbiran Mahathir  Mohamed dan Anwar Ibrahim mereka juga mengadakan jalinan atau berinteraksi dengan Parti Komunis China.

Mahathir dan Anwar telah menjemput delegasi Parti Komunis China termasuk CPC datang ke Malaysia selama 5 hari untuk bermesyuarat secara parti ke parti pada tahun 1996.

Mesyuarat atau pertemuan antara dua parti pemerintah tersebut bukannya sekali dua tetapi banyak kali.


Oleh itu, tak payah-lah Cap Bunga buat isu bahawa BN juga bermesyuarat dengan CPC minggu ini.

Apa hairan nya jika ada mesyuarat dengan parti pentadbir negara China yang merupakan ekonomi kedua besar di dunia?

Lagipun, Parti Komunis China dan pemimpin mereka hari ini bukan sama dengan Parti Komunis China tahun 60an dan 70an – sama dengan parti BN hari ini tidak sama dengan parti BN zaman Mahathir.

Jika kerana nak bermesyuarat dengan Korea Utara, Vietnam, Cuba, Poland, Russia pun tak jadi masalah. Sebut mengenai Russia , hairan juga kenapa tak cakap mengenai hubungan baik Mahathir dengan Russia dalam perjanjian Sawit dan pesawat pejuang Russia MIG?  Malaysia jual minyak sawit dan kita dapat kapal terbang…

Ohhh! Sebab ia berkait dengan Mahathir, semuanya OK.  Jika Najib berunding dengan Russia untuk beli jet pejuang yang baru, hampa kata Najib dijajah oleh Russia..

p/s

“Saya percaya kita boleh memahami perbezaan antara PARTI KOMUNIS MALAYA(PKM)yg di haramkan di Tanah Melayu dulu,dgn PARTI KOMUNIS CHINA 🇨🇳 (CPC)yg memerintah REPUBLIK RAKYAT CHINA,atau Parti KOMUNIS 🇻🇳  VIETNAM yg memerentah Vietnam,PARTI KOMUNIS RUSSIA….dll parti politik yg sah seluruh dunia…

BN SBG PARTI YG MEMERENTAH NEGARA KITA MEMPUNYAI HUBUNGAN DUA HALA DGN BYK PARTI PEMERINTAH YG SAH DI SELURUH DUNIA..

Soal perbincangan meja bulat dgn parti parti yg jadi tetamu semasa PAU baru baru ini yg cuba di gembar gembur oleh pihak tertentu yg dangkal dan Putus Harapan(PH) IS A NON ISSUE…kita di beri layanan yg sama bila kita menjadi tetamu di negara mereka..

Mewujudkan hubungan dua hala antara pemerintah negara BUKAN BERMAKNA KITA ANUTI FAHAMAN MEREKA…

Sempena Perhimpunan Agung Umno baru baru ini telah di adakan Majlis MAKAN MALAM PRESIDEN di Dewan Tun Razak PWTC dan saya di letak sbg “host”meja delegasi PARTI KOMUNIS VIETNAM,PARTY SOSIALIS TUNISIA DAN SEBUAH PARTI DEMOKRATIK INDONESIA..

Percubaan menghasut dan memfitnah makin menjadi jadi sejak lahir parti PEMFITNAH DAN HASUTAN(PH)

APA PUNYA MANGKUK LAH HAMPA….. 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons