February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan kos dan agensi yang
bertanggungjawab membiayai penganjuran Expo Negaraku 2017 di Dataran
Merdeka selama sebulan, bermula 15 November lalu.

Naib presiden PKR itu berkata, hasil semakannya mendapati tiada rekod
berkaitan penganjuran ekspo itu dalam laman web Unit Perancang Ekonomi
(EPU).

“Daripada semua carian di rekod rasmi perolehan kerajaan, ia
menunjukkan tidak ada sebarang rekod penganjuran Expo Negaraku dan
lantikan Pico Integrated Exhibits (M) Sdn Bhd pernah melalui apa-apa
proses tender mahupun rundingan terus,” katanya pada sidang media di ibu
pejabat Invoke hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu menganggarkan program itu menelan belanja sekitar RM34 juta.

“Sebab itu dalam keghairahan Rahman ingin mengalih pandangan
masyarakat daripada isu pembaziran wang rakyat untuk menganjurkan Expo
Negaraku yang mencecah puluhan juta ringgit, sedangkan rakyat terpaksa
mengikat perut, beliau tidak boleh lari daripada menjawab soalan
penting.

“Berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk menganjurkan ekspo ini
dan siapa yang membayarnya kerana tiada rekod dalam sistem perolehan
kerajaan ini pernah melalui proses perolehan biasa di peringkat
kementerian,” katanya.

Rafizi turut mempersoalkan peranan Rahman dalam menurunkan harga
barang keperluan asas, memandangkan beliau bertanggungjawab dalam hal
ehwal ekonomi.

“Sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan merancang ekonomi, Rahman
perlu menjawab apa yang beliau buat selama ini untuk menurunkan harga
minyak dan barang?

“Tugas beliau bukan untuk menganjurkan ekspo yang menelan puluhan
juta wang rakyat bagi tujuan membodek perdana menteri semata-mata,”
dakwanya. 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons