February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Ketika berucap pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai isu Amerika Syarikat mahu mengisytiharkan Al-Quds Al-Sharif (Baitulmuqaddis) sebagai ibu negara Israel, Datuk Seri Najib Razak telah menekankan beberapa perkara:

1. OIC mesti bersatu menolak Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel. Baitulmuqaddis hendaklah menjadi ibu negara Palestin.

2. Malaysia mengutuk dan menolak sama sekali keputusan unilateral oleh Amerika Syarikat untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, dan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis.

3. Status muktamad Baitulmuqaddis tidak boleh diputuskan melalui pengiktirafan unilateral kerana ia mesti diselesaikan menerusi rundingan pelbagai hala antara Palestin dan Israel.

4. Langkah seumpama itu menjejaskan semua usaha ke arah mencari penyelesaian yang komprehensiff, adil lagi berkekalan terhadap konflik Palestin-Israel. 

5. Malaysia khuatir bahawa situasi ini menunggu masa untuk meledak ketika ketegangan terus memuncak di rantau itu.

6. Amerika Syarikat patut memberi sumbangan yang bermakna dengan: 

i. membatalkan keputusannya itu. 

ii. memikul tanggungjawab untuk membantu mencari penyelesaian yang komprehensif lagi berkekalan berdasarkan penyelesaian dua negara.

Yang jelas, tindakan Amerika Syarikat mahu mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibunegara Israel telah mencabuli Resolusi 181 (iii) bertarikh 29 November 1947 di mana Batulmuqaddis diletakkan di bawah pentadbiran pihak antarabangsa.

Ironinya, pihak Amerika Syarikat tampak cuba main tarik tali apabila Heather Nauert, jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat mendakwa Donald Trump “tetap komited kepada proses damai itu.

Tetapi apabila ditanya sama ada Baitulmuqaddis juga boleh diiktiraf sebagai ibu negara masa depan Palestin, Nauert berkata,

“Kami mengambil satu pendirian mengenai bagaimana kita melihat Baitulmuqaddis.”

“Saya fikir ia terserah kepada Israel dan Palestin untuk menentukan bagaimana mereka mahu melihat sempadan itu – sekali lagi, status akhir rundingan.” katanya.

Jika begitu, Donald Trump tidak patut membuat kenyataan awal tentang Baitulmuqaddis mahu diisytiharkan sebagai ibu negara Israel. Dan apakah Donald Trump akan buat u-turn dan menarik balik kenyataan beliau itu?

Dan apabila merujuk kepada isu Israel-Palestin, kita sebagai warganegara Malaysia patut berasa amat bangga dengan kemampuan kerajaan Malaysia menjadi pencatur dalam agenda antarabangsa walau pun negara ini kecil.

Kejayaan ini tidak mungkin akan dinyatakan secara meluas oleh portal-portal pembangkang dan puak pembangkang.

Rakyat perlu tahu bahawa semasa pentadbiran Najib Razak pada 23 Disember 2016, Resolusi 2334 berjaya diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB. Resolusi itu menggesa Israel menghentikan segera kegiatan penempatan haram rejim itu di wilayah Palestin.

Dan resolusi itu telah diusulkan oleh negara kita sendiri, Malaysia yang turut disertai negara New Zealand, Venezuela dan Senegal.

Datuk Ramlan Ibrahim, wakil Tetap negara ke PBB ketika itu mendedahkan:

1. Draf resolusi ini pada asalnya diperkenalkan oleh Mesir sebelum ditarik balik akibat tekanan Israel dan anggota pentadbiran baharu Donald Trump. Ketika itu, Menteri Luar Negeri Malaysia berada di New York untuk hoskan jamuan bagi memberi penghargaan kerana tamatnya Keanggotaan Tidak Tetap Malaysia dalam Majlis Keselamatan (UNSC).

2. Di situ Wakil Tetap Palestin berjumpa beliau dan memohon komitmen Malaysia untuk terus membentangkan resolusi ini dengan sokongan Venezula, New Zealand dan Senegal.

3. Tarikh itu juga paling penting untuk Malaysia mendapatkan satu resolusi. Itu saat yang genting dan sebab itu Malaysia telah bagi jaminan kepada wakil tetap Palestin untuk teruskan usaha tersebut.

Keberanian Malaysia untuk meneruskan pendirian keras terhadap Israel adalah satu kejayaan diplomasi luar jangka yang turut dijayakan secara kolektif bersama 3 negara yang lain. Resolusi 2334 ini juga mendapat sokongan 14 ahli Majlis keselamatan PBB.

Malaysia memang patut berbangga!

Untuk rekod, negara Amerika Syarikat mengambil pendirian berkecuali dan tidak memveto Resolusi 2334 ini walau pun Amerika Syarikat yang selama ini memveto resolusi yang tidak memihak kepada kepentingan Israel.

Pada 22 November 1967 pula, Majlis keselamatan PBB telah meluluskan sebulat suara Resolusi No.242 yang mewajibkan Israel menarik diri dari kawasan yang didudukinya dalam perang enam hari pada tahun 1967. Begitu juga dengan Perjanjian Damai Oslo di antara Palestin-Israel pula dipersetujui di Oslo, Norway pada tarikh 20 Ogos 1993 dan secara rasmi ditandatangani di Washington, US pada 13 September 1993.

Konflik Palestin-Israel telah menjangkau tempoh yang sangat lama dan begitu banyak rintangannya. Manakala Israel seperti dijangka bersikap angkuh, sombong dan tidak membantu dalam usaha mencari perdamaian tersebut. Bagaimana pun, kita amat mengharapkan agar sidang kemuncak luar biasa OIC ini akan dapat membentuk satu kesatuan, solidariti dan suara umat Islam yang lebih kuat dan signifikan.

Pendirian Malaysia tentang Israel-Palestin amat jelas. Kita menolak Israel tidak seperti parti DAP.

DAP telah mempertahankan kepentingan Israel apabila mereka menyelar tindakan kerajaan Malaysia menafikan visa dua peserta Israel di dalam satu kejohanan di Langkawi.

Setelah lebih setahun dan sehingga ke hari ini, DAP gagal untuk menyaman pihak yang mendedahkan DAP telah bekerjasama dengan agen-agen Israel dan menerima dana sebanyak RM1.2 billion daripada negara zionis itu.

Kegagalan DAP itu boleh ditafsirkan bahawa parti cauvinis itu memang bersekongkol dengan negara zionis itu dan parti itu memang patut ditolak jauh-jauh pada PRU14 nanti.

Sumber

https://www.reuters.com/article/us-usa-trump-israel/trump-weighs-recognizing-jerusalem-as-israels-capital-officials-idUSKBN1DU34J
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1419337
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/resolusi-2334-mengikat-israel-1.430337#ixzz51CbOLrHD

SHARE ARTICLE :



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons