February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Ekoran beberapa insiden yang berlaku sejak kebelakangan ini telah membuatkan hubungan diantara pimpinan pentadbiran Negeri dengan pihak Istana Selangor dilaporkan semakin renggang.

Katanya, pentadbiran Rejim Pakatan pimpin Azmin Ali yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR itu pada ketika ini dilihat semakin kurang disenangi oleh pihak istana Selangor.

Antara lain, isu berkaitan dengan penghinaan terhadap bangsa Bugis yang diutarakan oleh pemimpin Pakatan baru – baru ini telah membangkitkan kemurkaan KDYMM Sultan Selangor sendiri.

Malah, kenyataan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang secara jelas memuji pentabiran Khalid Ibrahim memberi petanda pihak istana tidak suka cara berpolitik pemimpin Pakatan Haprak tu.

Kata Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, perkara itu cukup jelas apabila Sultan Selangor menganggap Khalid Ibrahim seorang yang setia.

“Khalid nampak lebih setia dan menjunjung sumpahnya semasa memegang Lembing Sang Buana.

“Azmin lebih mirip berpegang kepada prinsip-prinsip Mahabharata dan John Locke di mana semua orang adalah sama. Ini tidak sesuai dengan konsep raja berperlembagaan yang kita amalkan,” katanya yang dipetik dari sebuah laman portal pro Barisan Nasional hari ini.

Mat Nadzari berkata demikian sewaktu mengulas laporan Sultan Selangor yang memuji kesetiaan Khalid yang turut terkejut dengan penyingkirannya dari parti PKR tiga tahun yang lalu.

Sultan Sharafuddin turut menyifatkan penyingkiran Khalid sebagai episod paling mencabar dalam sejarah politik Selangor ekoran Langkah Kajang yang direncanakan oleh PKR sebelum ini.

Khalid telah dilantik sebagai menteri besar susulan kejayaan Pakatan Rakyat menawan negeri itu pada pilihan raya umum 2008 sebelum dipaksa oleh PKR agar melepaskan jawatan.

Bekas Menteri Besar Selangor itu telah dipecat daripada PKR kerana enggan melepaskan jawatan dan dianggap mengengkari arahan untuk memberi laluan kepada Wan Azizah menerajui Selangor.

Namun malangnya, episod Langkah Kajang itu bertukar rupa selepas Azmin berjaya merampas jawatan tersebut dari genggaman Wan Azizah melalui percaturan Politik yang cukup licik.

Azmin dikatakan telah menggunakan pengaruhnya dalam PKR serta memancing sokongan dari kepimpinan PAS agar jawatan Menteri Besar Selangor itu tidak disandang oleh Wan Azizah.

Dalam erti kata mudahnya, Azmin berjaya menduduki jawatan Menteri Besar Selangor bukan atas dasar kemampuan ataupun kelayakan yang dimiliki. Jadi, tak payah la Si Azmin Ali tu nak merasa bangga sangat dengan pencapaian yang dimilikinya pada ketika ini!!!




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons