February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley tidak mempunyai hak membidas dan mengkritik peraturan penjara di Malaysia.

Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Motley menunjukkan sikap kurang ajar, sombong dan bongkak apabila mempertikaikan larangan terhadapnya.

“Apa ‘locus standi’ dia hendak bidas undang-undang dan peraturan penjara di Malaysia. Kurang ajar, bersikap sombong dan bongkak,” katanya kepada FMT, hari ini.

Semalam, Motley mempertikaikan halangan terhadap beliau untuk bertemu dengan anak guamnya. Bahkan menyifatkan halangan itu tidak wajar.

“Saya terkejut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan kerajaan Malaysia enggan membenarkan pertemuan itu.

“Secara asasnya mana-mana orang yang dipenjarakan berhak mendapat akses kepada penasihat undang-undang pilihannya.

Menolak permintaan saya untuk bertemu Anwar melanggar piawaian antarabangsa mengenai akses keadilan dan memburukkan imej Malaysia,” katanya.

Motley mewakili Anwar sejak 7 September lalu secara pro bono.

Anwar, 70, dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara kerana meliwat Mohd Saiful Bukhari, 30, di kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Beliau sedang menjalani hukumannya di Penjara Sungai Buloh. -fmt- 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons