February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


DUNGUN 14 Dis. – Tiga wanita dipercayai anggota Geng Kangkang yang dikatakan giat mencuri barangan  di beberapa negeri  kini  dikesan di daerah ini setelah  mengambil tiga pek makanan tambahan bernilai hampir RM500 di sebuah farmasi di sini petang Selasa lalu.

Dua daripada mereka berpura-pura bertanyakan jenis ubat kepada dua pekerja farmasi terbabit manakala seorang lagi ke bahagian rak jualan, dan kemunculan mereka menimbulkan curiga kepada pengurus farmasi terbabit, Noor Amizah  Ismail, 32.

Menurut Noor Amizah, dia mengesyaki kumpulan wanita berkenaan yang berusia lingkungan 40-an itu adalah Geng Kangkang seperti yang pernah ditularkan di media sosial oleh rakan farmasi lain.

“Sebelum ini saya sudah dimaklumkan berkenaan kejadian seumpama itu di laman sosial, dan dingatkan agar berjaga-jaga. Bila melihat mereka saya sudah mengesyaki sesuatu.

“Saya kemudiannya terus pergi ke arah mereka ( suspek ) dan bila melihat saya, mereka kelihatan resah,dan membayar beberapa barangan sebelum keluar dengan tergesa-gesa,” katanya.

Dia terus memeriksa beberapa barangan dan mendapati empat ubat – ubatan sampingan yang bernilai hampir RM 500 sudah dilarikan, dan setelah  melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dia mendapati apa yang dimaklumkan di dalam laman sosial mengenai kegiatan mereka sebelum ini adalah benar.

Sementara itu, pihak polis meminta bantuan orang orang ramai supaya dapat menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya tiga suspek yang menjadikan premis farmasi untuk mencuri ubatan – ubatan yang berharga.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Ahmad Zailani Yaakub yang mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi berkata, modus operasi suspek adalah dengan berpura – pura bertanyakan tentang beberapa barangan yang dipamerkan sebelum salah seorang daripada mereka mengambil beberapa barangan dan di letakkan di celah kangkang.

Kes  disiasat dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam premis bangunan, dan beliau meminta oOrang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan keti – tiga suspek boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah di talian 09 848 2222. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons