February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Lima hari direman tidak patahkan semangat Milo Suam terus perjuangan

Penulis blog Milo Suam atau nama sebenarnya Yusof Al-Siddique Suratman dibebaskan hari ini selepas pihak polis melanjutkan tempohnya, tahanan reman selama lima hari.

Selepas pembebasannya Milo Suam menyatakan keazamannya untuk meneruskan perjuangan untuk menentang kezaliman dan penganiayaan terhadap penahannya.

“Penahan ini dirasakan satu kezaliman dan penganiayaan tetapi tidak melunturkan sama sekali semangat saya, sebaliknya menjadi pencetus untuk membakar semangat saya lebih kuat lagi, lawan tetap lawan,” ujarnya ringkas dalam video yang dirakamkan selepas beliau dibebaskan hari ini.

Beliau ditahan sekumpulan anggota polis Bukit Aman pada 8 Disember lalu kerana disyaki memuat naik gambar dokumen berupa kenyataan saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Milo Suam ditangkap di rumahnya di Melaka.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada barisan peguamnya, anggota parlimen dan rakan-rakannya yang membantu memberikan sokongan sepanajang ditahan.

Dokumen tersebut adalah keterangan berkaitan kes penukaran status hartanah melibatkan bekas exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi yang dihadapkan dengan 33 pertuduhan rasuah melibatkan RM30.3juta awal tahun ini.

Menteri Besar Johor ketika bercakap di Dewan Undangan Negeri Johor pada 4 Disember lalu, menafikan terbabit dalam sebarang salah laku atau penyelewengan. Beliau mendakwa tuduhan yang dikaitkan dengannya adalah fitnah.

Semalam, Pakatan Harapan Johor mempersoalkan mengapakah pihak polis masih belum membuat siasatan ke atas Menteri Besar Johor dalam kes skandal hartanah Johor sedangkan blogger Milo Suam yang dikaitkan dengan kes yang sama telah dilanjutkan tempoh remannya.

mdl

Picture



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons