February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR– Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan pencarum berusia 55
dan 60 tahun membuat pengeluaran sebahagian daripada jumlah caruman
pada bila-bila masa mulai Januari tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk
Shahril Ridza Ridzuan berkata, penambahbaikan itu dibuat berdasarkan
maklum balas daripada pencarum.

Pencarum yang memilih membuat pengeluaran bulanan juga akan dapat mengeluarkan wang dari serendah RM100 sebulan, lapor The Star.

Keputusan itu bertentangan dengan dasar
pengeluaran sebelumnya yang membolehkan pencarum mengeluarkan caruman
sekurang-kurangnya RM2,000 sekali setiap 30 hari.

Pada masa sama, Shahril juga
mengumumkan bahawa pencarum akan mempunyai pilihan untuk melantik Amanah
Raya Berhad sebagai pemegang amanah atau pentadbir untuk simpanan KWSP
mereka.

Keputusan ini, katanya, akan
membolehkan pengagihan simpanan mereka lebih cepat dan saksama kepada
waris, apabila berlakunya kematian.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons