February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Kalau ahli Pakatan keluar parti, ada yang mendakwa mereka mendapat habuan, dedak dan disogok dengan tawaran yang bernilai berjuta – juta ringgit. Itulah yang sering menjadi alasan puak Pakatan Haprak ni.

Tapi bagaimana pula jika ada dikalangan ahli UMNO yang keluar parti dan menyertai Pakatan Haprak? Kenapa mereka tidak mengecam tindakan yang dilakukan oleh ahli tersebut?

Sebaliknya, puak Pakatan Haprak tu pandai pulak memuji dan mendakwa kononnya bekas ahli parti itu bijak memilih perjuangan yang KONONnya ‘Suci’ untuk menjaga kebajikan rakyat.

Namun apa yang jelas, pengumuman bekas Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Idris yang juga merupakan bekas ahli UMNO bagi menyertai PKR tidak memberi kesan kepada NGO tersebut.

Sebaliknya, menurut kata Presiden Perkasa, sebagai sebuah badan pertubuhan bukan politik, penyertaan mana – mana ahli ke dalam parti politik merupakan perkara biasa yang lazim.

“Tidak ada apa-apa kesan kepada perjuangan Perkasa mengenai berita kemasukan Irwan Fahmi sebagai ahli PKR.

“Untuk makluman, sebelum ini pun sudah ada sana sini sikit sebanyak ahli Perkasa yang menyertai berbagai parti politik termasuk yg menyertai PPBM, PAN dan PAS.

“Ada juga ahli Perkasa yang belum menjadi ahli mana-mana parti politik menyertai UMNO. Ianya perkara biasa kerana Perkasa adalah sebuah NGO dan bukan parti politik.

“Sesiapa sahaja ahli Perkasa bebas menyertai mana-mana parti politik. Terpulang kepada mereka untuk memilih apa jua parti yg sesuai,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Ibrahim Ali juga turut membidas khabar angin yang mengatakan bahawa keputusan Irwan Fahmi itu juga memberi kesan kepada kepimpinan Wira Perkasa.

Menurutnya, perlantikan Burhanudin Ruslan yang mengantikan Irwan Fahmi sebagai Ketua Wira Perkasa sejak sekian yang lalu juga memberikan kesan yang positif kepada pertubuhan itu.

Justeru, Ibrahim Ali menegaskan bahawa Perkasa sentiasa berlapang dada dengan apa juga keputusan yang dibuat dalam memilih mana – mana parti politik sebagai pentas perjuangan mereka.

Dalam erti kata lainnya, tindakan mereka yang bertindak keluar parti dan menyertai parti lain itu merupakan perkara biasa. Tinggal lagi, pemikiran jumud puak Pakatan itu sahaja yang suka membuat dakwaan kononnya mereka yang meninggalkan Pakatan mendapat habuan!!!




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons