February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Menteri lantik Datuk M Reza Hassan untuk mengambil
tindakan undang-undang terhadap naib presiden PKR itu bagi menghentikan
fitnahnya.

rahman-dahlan_Rafizi_600

PETALING
JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan
telah mengarahkan peguam mengambil tindakan terhadap Naib Presiden PKR
Rafizi Ramli kerana menuduh beliau melakukan nepotisme berkenaan tender
Expo Negaraku 2017.

Rahman berkata, tindakan diambil bagi menghentikan fitnah Rafizi.

“Dengan adanya bukti terhadap Rafizi dan dakwaan yang dikenakan
terhadap diri saya, saya melantik peguam Datuk M Reza Hassan daripada
tetuan Raja Riza dan Associate untuk mengambil tindakan undang-undang
terhadap Rafizi bagi menghentikan fitnahnya secara berterusan,” kata
Rahman dalam kenyataan.

Rafizi dalam sidang media awal minggu ini mendakwa, individu bernama
Raslan Dahlan, ketua pegawai eksekutif di PICO Integrated Exhibits (M)
Sdn Bhd, merupakan abang kepada Rahman dan diberi tender untuk
melaksanakam Expo Negaraku yang bermula 15 November hingga 15 Disember
2017.

Rafizi kemudiannya memadam rakaman video dan kenyataan sidang media dari laman Facebook miliknya tidak lama selepas itu.

Sehari selepas itu, Rafizi membuat permohonan maaf kepada Raslan dan
mengakui beliau tersilap kerana menuduhnya abang kepada Rahman.

Rahman hari ini berkata Rafizi pada sidang media dengan penuh
keyakinan berkata beliau sudah melakukan kajian dan siasatan untuk
membuktikan dakwaannya itu.

“Saya mempunyai bukti Rafizi menghubungi Raslan Dahlan selepas sidang
medianya melalui aplikasi mesej Facebook bertanyakan sama ada beliau
adalah abang saya.

“Ini menunjukkan Rafizi tidak pasti dengan faktanya. Selain itu, demi cita-cita politiknya, dia memfitnah saya,” kata Rahman.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons