February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


BANGI
– Ibrahim Mat Zin yang dulunya terkenal dengan gelaran ‘Raja Bomoh’,
selesai menjalani kelas fardu ain dikendalikan pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan.

Ibrahim menamatkan kelasnya dengan
memperoleh ilmu dan pengalaman mengenai asas al-Quran, akidah, fiqah dan
akhlak, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad
al-Bakri dalam catatan di Facebooknya hari ini.

Malah, katanya, usaha Ibrahim untuk
hadir kelas tersebut secara konsisten sepanjang tempoh enam bulan wajar
dipuji walaupun kadangkala beliau kurang sihat.

“Apa yang paling penting, beliau
berjanji untuk menjadikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebagai
rujukan utamanya dalam hal-hal berkaitan keagamaan.

“Diharapkan masyarakat tidak lagi
memandang serong kepadanya dan sentiasa memberi sokongan kepadanya untuk
terus berubah,” katanya.

Ketika perbicaraan di Mahkamah Rendah
Syariah Wilayah Persekutuan pada 11 Disember lalu, hakim memutuskan
bahawa Ibrahim masih perlu hadir di pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
sebulan sekali untuk memberi laporan berkaitan ilmunya bermula 1 Januari
2018 sehingga 31 Disember 2018.

“Mahkamah turut memberi amaran terakhir
kepada tertuduh. Jika tertuduh masih melakukan apa-apa ritual yang
bersalahan dengan syarak, mahkamah tidak teragak-agak untuk menjatuhkan
hukuman dua tahun penjara kepada beliau,” katanya.

Ibrahim sebelum ini giat dalam amalan
perbomohan di beberapa tempat dan akhirnya ditangkap polis di sebuah
hotel Segamat, Johor, pada 21 April lalu.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons