February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Fitnah dan Rafizi memang tiada pisahnya. Kalau dipisah, ibarat terpisahlah aur dengan tebing, ombak dan pantai. Begitulah rapatnya Si Rafizi Ramli tu dengan sikapnya yang suka menabur fitnah.

Maka atas dasar itu Si Rafizi Ramli sekali lagi bakal berhadapan dengan tindakan undang – undang kerana menabur fitnah apabila Datuk Abdul Rahman Dahlan memfailkan saman terhadapnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan melantik peguam untuk mengkaji segala ruang undang-undang yang boleh diambil terhadap Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Tindakan itu diambil susulan tuduhan yang dibuat oleh Rafizi yang mendakwa kononnya kontrak pelaksanaan Ekspo Negaraku 2017, diberikan kepada abangnya, Noor Raslan Md Dahlan.

“Berdasarkan keterangan dan tuduhan yang dilemparkan, saya melantik peguam Datuk M Reza Hassan dari Messrs Raja Riza & Associate untuk mengkaji tindakan undang-undang terhadap Rafizi untuk menamatkan fitnah berterusannya,” kata Abdul Rahman dalam satu kenyataan.

Rafizi beberapa hari lalu dalam sidang medianya menuduh Abdul Rahman mengamalkan nepotisme apabila menyerahkan kontrak penganjuran Ekspo Negaraku 2017 kepada abang sendiri. 

Abdul Rahman namun kemudian tampil menafikan bahawa, Noor Raslan, Ketua Pegawai Eksekutif PICO Integrated Exhibit Sdn Bhd itu tidak mempunyai pertalian saudara dengannya. 

Penafian itu membuatkan Rafizi mula menggelupor memadamkan rakaman sidang media selepas menyedari ‘kesilapannya’, dan kemudian tampil memohon maaf kepada Noor Raslan. 

Namun permohonan maaf Si Rafizi itu tidak ditujukan khusus kepada Datuk Rahman Dahlan. Bahkan dakwaan yang dibuat sebelum ini sudah tersebar melalui laman media sosial.

Cuma sekadar nak mengingatkan supaya saman yang bakal dikenakan ke atas Si Rafizi tu tidak hanya sekerat jalan. Jangan sampai ‘Tang Kona’, ada pulak yang nak selesai diluar mahkamah. Kalau nak saman, biar Si Rafizi tu terpaksa bayar berjuta. Baru berbaloi!!!




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons