February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SUBANG JAYA 14 Dis. – Temu duga bagi jawatan pegawai stesen dan pegawai transit untuk perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya dan MRT laluan Sungai Buloh-Kajang hari ini mendapat sambutan yang mengalakkan apabila menerima lebih 500 permohonan.

Ketua Hal Ehwal Media Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Azhar Ghazali berkata, permohonan yang diterima sehingga pukul 11 pagi itu tidak termasuk yang ditolak kerana gagal memenuhi kriteria ditetapkan antaranya memiliki lesen memandu.

“Seawal 7.30 pagi, sudah ada yang menunggu giliran untuk ditemu duga. Bagaimanapun, mereka perlu menjalani ujian mata dan dokumentasi selain menduduki ujian tulisan Bahasa Inggeris serta personaliti.

“Kita telah mengiklankan temu duga terbuka ini melalui media sosial khususnya ‘Facebook’ Myrapid yang mendapat lebih 98,000 tontonan,” katanya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons