February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA TERENGGANU 14 Dis. – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman memberi peringatan kepada pembangkang supaya berhenti membangkitkan isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) dengan pelbagai tuduhan buruk semata-mata untuk mengelirukan rakyat.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri sentiasa telus berhubung jumlah peruntukan yang disalurkan, dan tidak pernah sesekali menyembunyikan jumlah dana yang diterima namun tetap dijaja sebagai isu.

Tegasnya, sehingga kini pembayaran DKKP tidak mempunyai sebarang masalah, bahkan butiran mengenai senarai penuh jumlah pembayaran hasil DKKP sejak tahun 1978 di samping senarai jadual bayaran balik perbelanjaan yang dibuat Kerajaan Pusat dan senarai projek yang dibayar balik ada dicatatkan dalam rekod.

“Berulang kali saya sebut dan jawab hal ini dalam hampir setiap kali Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang, sebenarnya tidak ada isu langsung. Saya harap ini kali terakhir, timbul macam yang diceritakan kononnya duit ini digunakan di negeri lain.

“Memang kita akui ada lapan projek yang telah menggunakan duit dana kerajaan negeri berjumlah RM2.169 bilion tetapi kita dapat kembali kerana bayaran dibuat mulai 2011 dan tahun ini, kita sudah terima RM220 juta.

“Untuk tahun depan pembayaran pada awal Januari sebanyak RM220 juta lagi, 2019 (RM220 juta) dan pada 2020 sebanyak RM229.8 juta,” katanya sewaktu menggulung perbahasan Bajet 2018 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri mengambil pendekatan berdiplomasi dan bukan berkonfrontasi sekali gus berharap rakyat dapat memahami hubungan akrab yang terjalin dengan kerajaan Pusat mampu menyelesaikan banyak masalah di samping memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat.

Justeru, katanya, pembangkang tidak perlu menonjolkan diri seolah-olah merekalah juara dalam soal itu kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah lama berusaha menyelesaikan masalah tersebut semata-mata untuk kepentingan rakyat dan negeri.

Beliau menempelak pembangkang yang menuduh kerajaan BN adalah pengkhianat sebaliknya mengingatkan mereka bahawa merekalah yang mengkhianati termasuk kepada pengikut sendiri sambil turut memberi contoh tindakan pembangkang ketika diberi peluang sepenggal memerintah negeri oleh rakyat.

“Apabila dikatakan kita melakukan pengkhianatan kepada rakyat, saya rasa ini satu jenaka. Kerana mereka yang menuduh kita melakukan pengkhianatan adalah juga penerima manfaat daripada usaha-usaha kita.

“Justeru, saya tiada pilihan melainkan untuk membalas kenyataan pengkhianatan ini demi mempertahankan kerajaan, rakan-rakan saya dalam barisan Exco, pegawai dan kakitangan kerajaan dan semua yang menyokong Barisan Nasional dalam pilihan raya lalu,” katanya. – Utusan Online



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons