February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


THE MALAYSIAN TIMES

 

KUALA LUMPUR:
Anggota DAP, Datuk Zaid Ibrahim, hari ini hadir ke Bukit Aman bagi
memberi keterangan berhubung kenyataan yang dibuat di laman Twitter pada
5 Dis lepas.

Zaid tiba kira-kira 9.30 pagi bagi memberi keterangannya kepada
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman selama 30 minit dan dilihat
meninggalkan perkarangan kira-kira jam 11 pagi.

Zaid, yang juga pengamal undang-undang, ketika ditemui pemberita
selepas memberi keterangan itu berkata siasatan adalah berkisarkan
‘tweet’ beliau pada 5 Dis lepas, yang menurutnya adalah pandangan
peribadinya.

“Saya jelaskan tweet itu adalah respon daripada kenyataan sultan
tentang (Tun) Dr Mahathi bahawa itu adalah pandangan saya.

“Itu bukan pandangan kumpulan lain atau parti lain atau pembangkang, itu kenyataan saya.

“Saya rasa bertanggungjawap untuk memperjelaskan peranan seperti saya
kata tadi, (konsep) raja berpelembagaan – bagaimana kita harus menjaga
negara ini, mengekalkan sistem demokrasi ini dengan memahami apa yang
perlu dilakukan oleh semua pihak,” katanya.

“Namun, saya berpuas hati dengan siasatan tadi dan menunggu keputusan mereka,” katanya.

Zaid menerusi twitter mempertikaikan titah Sultan Selangor yang
antara lainnya menegur bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
berhubung kenyataan menghina Bugis.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons