February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


GAZA CITY 16 Dis. – Sebanyak dua penduduk Palestin ditembak mati dalam pertempuran dengan tentera Israel dan penunjuk perasaan di sempadan Gaza-Israel, semalam ketika bantahan terhadap pengiktirafan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) semakin memuncak.

Kementerian kesihatan Palestin berkata, Ibrahim Abu Thurayeh, 29, yang kudung kedua belah kaki ditembak di kawasan sempadan di timur Gaza City, utara semenanjung Gaza tidak lama selepas seorang lelaki ditembak.

Terdahulu, Yasser Sokar, 32, menjadi rakyat Palestin kelima terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Israel selepas ditembak di kawasan sempadan antara Gaza-Israel. – AFP



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons