February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 16 Dis. – Datuk Fazley Yaakob, 39, dipilih untuk mengemudi program siri masakan di atas talian, Anak Rembau Ke Australia.

Dibawakan secara eksklusif oleh Le Cordon Bleu Paris dan Australia, program itu menyajikan pelbagai menu masakan Negeri Sembilan itu ditayangkan sebanyak lima epispd dengan setiap satunya berdurasi kurang empat minit.

Penggambaran dijalankan di tiga buah negeri iaitu Adelaide, Sydney dan Melbourne.

Kata Fazley yang pernah ke LCB Sydney sebelum ini bagi melibatkan diri dalam kelas masakan Negeri Sembilan itu berpendapat masakan Asia juga ada keistimewaannya.

“Rentetan itu, LCB merasakan terdapat kekurangan cef yang memfokus masakan Asia Tenggara berbanding menu negara Cina, Thailand, Vietnam, Jepun dan Korea yang sudah lama popular di luar.

“Justeru, mereka meyakini bahawa saya boleh mula mempopularkan hidangan Melayu dengan resepi tempat kelahiran saya terlebih dulu kepada para pelajar LCB serta orang luar,” ujarnya yang dipilih sebagai penerima Anugerah Alumni Paling Cemerlang sempena Malam Gala Alumni LCD pada 18 September lalu sekaligus mengharumkan nama Malaysia.

Sementara Fazley yang juga seorang penyanyi, turut berkongsi momen sepanjang kembara Anak Rembau Ke Australia selama seminggu.

Bapa kepada empat cahaya mata ini turut menempuhi pelbagai pengalaman salah satunya, bahan-bahan mentah yang dibawa dari Malaysia telah ditahan dan dibuang oleh pihak kastam di negara tersebut bertujuan mengelakkan keracunan atau pencemaran terhadap hasil tanaman mereka.

“Selain itu, saya menemui ramai pelajar dari Asia tidak tahu cara hendak kopek kelapa bagi mengeluarkan air dan isinya.

“Malah, ada yang tidak pernah memegang kelapa segar terutama mereka dari Hong Kong dan Cina,” ujarnya.

Menariknya, LCB New Zealand, London, Paris dan seluruh Eropah termasuk Madrid serta Lebanon telah menjemput Fazley bagi mengadakan kelas masakan sama yang dijadualkan menjalani penggambaran tidak lama lagi.

Untuk menonton perjalanan Anak Rembau Ke Australia, peminat boleh melanggan dan melayari sekarang laman YouTube; http://youtube.com/fazleyyaakob dengan episod pertama (Adelaide) dimuat naik pada 15 Disember (hari ini) jam 8 malam.

Dalam pada itu, berkongsi perkembangan terkini, pelantun lagu Ketiadaan itu bakal muncul menerusi sebuah program masakan bersama cef lagenda, Martin Yan terbitan Asian Food Channel di samping program kulinari lain bercirikan fusion tempatan dan usai menamatkan pengajian kulinari keempat bagi pengkhususan pembuatan roti tradisional Perancis di LCB Paris baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons