February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

SHAH ALAM: Negara bakal rosak sekali lagi jika Tun Dr Mahathir Mohamad
kembali diangkat menjadi Perdana Menteri, sekiranya Pakatan Harapan (PH)
berjaya membentuk kerajaan.

 

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata
malahan kerosakan yang telah dibuat melalui dasar dan amalan semasa 22
tahun pemerintahan Dr Mahathir, sehingga hari ini masih membebankan
rakyat. 

 

“Pusat Penyelidikan PAS melihat usaha PH untuk memberi mandat kepada
Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia sekali lagi, akan
menjerumuskan negara kepada kerosakan yang lebih teruk.

 

“Selama 22 tahun pemerintahan Dr Mahathir, beliau telah memperkenalkan
dasar dan amalan pemerintahan yang merugikan negara dan rakyat. Ketika
pemerintahan Dr Mahathir, beliau telah melakukan pemusatan kuasa yang
cukup jelas dengan menjadikan kuasa Perdana Menteri begitu besar
sehingga berlaku campur tangan terhadap Institusi Kehakiman dan
Legislatif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Zuhdi berkata antara kerosakan yang dilakukan Dr Mahathir ketika tempoh
22 tahun pentadbirannya, antaranya Pengerusi PH itu telah menghakis
kuasa Raja-raja Melayu melalui dua pindaan Perlembagaan Persekutuan
iaitu pada tahun 1983 dan 1993.

 

“Beliau juga telah menghakis dasar dan amalan berkaitan dengan
faderalisme sehingga melanggar perjanjian dengan kerajaan-kerajaan
negeri seperti dalam isu yang berkaitan dengan royalti petroleum.
Sekiranya Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sekali lagi, diyakini
beliau akan menjadi lebih ‘kuku besi’ dari sebelum ini,” ujarnya.

 

Ujarnya, di dalam aspek ekonomi pula, Dr Mahathir telah memperkenalkan
dasar dan amalan yang banyak merugikan negara dan rakyat yang masih
memberi kesan hingga hari ini.

 

“Akibat dari dasar dan amalan tersebut menyebabkan rakyat menanggung
bebannya sehingga hari ini, seperti kenaikan kos sara hidup, hutang isi
rumah terus meningkat dan jurang kaya-miskin yang melebar. 

 

“Salah satu dasar yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir yang semakin
kelihatan kegagalannya ialah Dasar Penswastaan. Dasar inilah yang telah
menyebabkan rakyat sehingga hari ini menanggung kenaikan kadar tol,
tarif elektrik dan air yang tinggi, bebanan hutang PTPTN dan lain-lain,”
tambahnya.

 

Jelasnya lagi, meskipun pelbagai usaha ‘pembetulan semula’ telah
dilakukan di zaman pemerintahan dua perdana menteri selepas Dr Mahathir
juga oleh kerajaan-kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) tahun
2008, masih belum berupaya membaiki kerosakan tersebut.

 

Justeru, Zuhdi yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata
usaha untuk menyerahkan semula mandat kepada Dr Mahathir sekali lagi
adalah sesuatu yang sukar diterima oleh mereka yang berfikiran waras.

 

Zuhdi turut berkata berdasarkan perkara yang dinyatakan, PPP
berpendirian usaha PH untuk menyerahkan semula mandat kepada Dr Mahathir
sebagai perdana menteri sekiranya PH menang selepas PRU ke-14 akan
menyebabkan negara dan rakyat terus terjerumus dengan kerosakan politik,
ekonomi dan sosial.

 

Ujar beliau, PH sepatutnya mengemukakan calon perdana menteri yang
dapat meneruskan agenda reformasi yang dicetuskan oleh Ketua Umum
mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons