February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum dan agama diseru menyertai himpunan membantah keputusan Amerika
Syarikat yang akan berlangsung Jumaat ini selepas waktu solat di hadapan
kedutaan negara itu di Jalan Tun Razak.

Ia sebagai reaksi terhadap keputusan
Presiden Amerika, Donald Trump yang mahu memindahkan kedutaan negara itu
di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam
sidang media hari ini berkata, himpunan tersebut merupakan penegasan
HARAPAN membantah dan mengutuk pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu
negara Israel.

“Keputusan sepihak Trump itu jelas tidak membantu usaha damai konflik panjang di rantau Asia Barat khususnya di Palestin.

“Sebaliknya, lebih merumitkan lagi
keadaan sekali gus menyalakan api kemarahan dan reaksi bantahan
masyarakat dunia,” kata kenyataan itu.

HARAPAN berpandangan, campur tangan
Trump ke atas wilayah Palestin itu melampaui batas dan dilakukan demi
survival politiknya menjelang Pilihan Raya Separuh Penggal Amerika.

“Tindakan Amerika ini telah pun
dibantah oleh Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom telah mengeluarkan
kenyataan bahawa ia tidak akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv,”
katanya.

Hadir dalam sidang media hari ini
ialah pemimpin HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad, Mohamad Sabu, Dr Wan
Azizah Wan Ismail, Gobind Singh Deo, Liew Chin Tong dan ramai lagi. –
Roketkini.com



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons