February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Mahfuz Omar sedang berucap di majlis ceramah anjuran PPBM.

Satu-satunya pemimpin Pas yang terus berceramah di pentas Pakatan Harapan, Datuk Mahfuz Omar menyeru supaya ahli Pas tidak berdendam sebaliknya fokus untuk menjatuhkan kerajaan Umno-BN.

“Saya sudah lama ajak orang tinggalkan Umno, tiba-tiba hari ini ada orang Umno tinggalkan Umno,” ujarnya diikuti ketawa hadirin yang majoritinya ahli dan penyokong PPBM di Kampung Chenghai, Changloon, Kedah semalam.Menurutnya, ahli Pas perlu berfikir secara rasional dengan menyokong Pakatan Harapan serta menyambut baik mereka yang meninggalkan Umno.

Ahli parlimen Pokok Sena itu berkata, sikap menolak mereka yang meninggalkan Umno hanya kerana dendam tidak harus berlaku dalam kalangan ahli Pas.

“Tiba-tiba kita (Pas) tidak mahu bersama rakan-rakan kita pada hari ini kerana dendam kesumat. Ini bagi saya tidak betul.

“Bukan kepentingan dendam dengan musuh lama tetapi kita fikir untuk menyelamatkan negara dan rakyat daripada terus dirosakkan oleh pemimpin-pemimpin yang ada pada hari ini,” tegasnya dalam ceramah anjuran PPBM Kedah itu.

Beliau turut mengulangi pendiriannya bahawa ahli Pas tiada masalah untuk kekal berada dalam parti tersebut jika tidak mempunyai keberanian meninggalkan Pas.

“Saya minta ahli Pas fikir secara rasional. Saya ulang, ahli-ahli Pas boleh tengok dalam Youtube ceramah saya mutakhir ini.

“Saya cakap terus-terang tidak berselindung lagi apa yang berlaku dalam Pas pada hari ini berkaitan dengan RUU 355. Tuan-tuan tidak berani keluar Pas, tidak mengapa. Duduklah dalam Pas,” ujarnya.

Orang ramai yang hadir pada majlis Ghebang Santai di Kampung Chenghai, Changloon Kedah semalam.

Mahfuz berpendapat kerajaan Umno-BN perlu diganti dengan Pakatan Harapan memandangkan isu kos sara hidup yang melambung pada masa ini dirasai seluruh rakyat tanpa mengira parti politik.

“Takkan kita nak biarkan keadaan ini berlarutan dengan Umno-BN terus memerintah?

“Isu kos sara hidup dan kesusahan rakyat dirasai oleh semua tidak terkecuali ahli Umno dan Pas,” katanya dalam program Ghebang Santai di Kampung Chenghai itu.

Tambahnya, keadaan tersebut berlaku kerana urus tadbir negara yang diterajui Umno-BN pada masa ini gagal melihat kepada penyelesaian terhadap masalah sebenar yang dialami rakyat.

Turut hadir timbalan presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga pengerusi PPBM Kedah; ahli dewan undangan negeri (Adun) Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah serta para pemimpin parti-parti komponen Pakatan Harapan Kubang Pasu.

mdl

Picture



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons