February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Khalid Samad dalam satu kenyataan mendakwa tauliah mengajar yang diwajibkan ke atas penceramah agama oleh JAIS bukan sahaja terlalu luas sehingga mengekang kebebasan bersuara.

Malah pemimpin PAN itu mendakwa ianya juga diberikan melalui proses yang tidak telus dan pilih kasih sehingga menyebabkan pentauliahan itu diberikan kepada mereka yang tidak layak.

“Ada yang memohon tetapi dinafikan semata-mata dirinya tidak disukai oleh pihak pemberi tauliah. Dengan itu didapati ada mufti-mufti yang tidak diberi tauliah seperti mana juga pensyarah-pensyarah universiti yang mengajar bidang syariah di universiti yang dinafikan tauliah,” katanya dalam catatan di laman rasmi beliau.

“Maka didapati anak muridnya berkerja sebagai pegawai Jabatan Agama dan bertauliah tetapi gurunya sendiri dinafikan tauliah.”

Sebagai rekod, Khalid sebelum ini telah disabitkan atas tuduhan mengajar Islam tanpa tauliah sah, kerana menyampaikan ceramah berkenaan kunjungannya ke Palestin pada 2011.

Awal tahun ini, mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,900, tetapi denda tersebut dikurangkan kepada RM1,900 dan membolehkan dia bertanding dalam PRU yang akan datang.

Namun, Si Khalid Samad itu tetap dikritik oleh pejuang – pejuang Islam Liberal kerana tidak memfailkan cabaran terhadap sabitan itu dan dilihat seolah – olah akur dengan kewujudan tauliah.

Semalam, KDYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah dan menyeru pihak berkuasa agama Islam negeri melaksanakan peraturan berkaitan tauliah itu dengan tegas.

“Mais (Majlis Agama Islam Selangor) dan Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) sebagai badan agama tertinggi di Selangor perlu sentiasa tegas di dalam mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang melanggar titah beta dan segala peraturan ditetapkan,” katanya.

Maka dalam erti kata lainnya, kenyataan oleh Khalid Samad yang mempertikaikan isu berkaitan dengan tauliah itu secara tidak lansung seolah – olah merupakan satu bantahan terbuka terhadap titah yang telah dikemukakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Selangor!!!




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons