February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 15 Dis. – Menjelang perayaan Krismas tidak lama lagi, Aquaria KLCC ingin menjemput orang ramai untuk datang menyaksikan pameran yang bertemakan hari Natal itu.

Justeru, terdapat pelbagai aktiviti yang akan mencuri perhatian pengunjung khususnya kanak-kanak dalam pameran yang bertemakan pendidikan itu.

1. Pameran bertemakan Krismas

Bermula hari ini sehingga 31 Disember nanti, para pengunjung berpeluang melihat pameran bertemakan Krismas dan bersama Rocky dan Santa Claus bermain salji.

2. Ada Scuba Jingle Bell Dance

Para pengunjung berpeluang melihat rakan-rakan Santa Claus menyelam di dalam akuarium terbesar di sana sambil menari Jingle Bell Dance.

3. Santa Claus berskuba

Anda ingin melihat Santa Claus berskuba dengan sutnya yang berwarna merah itu? Jangan lepaskan peluang kerana figura umum itu akan memberi makan kepada ikan-ikan di dalam akuarium

4. Berpeluang berjumpa dengan Rocky dan Santa Claus

Apabila anda tiba sahaja di ruang akuarium gergasi, Rocky si jerung dan Santa Claus akan menyambut kehadiran anda dan kanak-kanak akan diberi hadiah istimewa.

5. Hadiah istimewa untuk Matt si sotong gergasi

Ingin tahu apakah hadiah yang Matt bakal dapat menjelang Krismas nanti. Datang ke Aquaria KLCC kerana hadianya masih lagi rahsia sebagai kejutan untuk sotong bertuah itu.

6. Buat ais kacang untuk Otter

Otter adalah haiwan yang sangat comel bukan? Anak-anak anda nanti berpeluang melihat kelincahan haiwan itu berenang dalam air dan terdapat aktiviti istimewa sempena Krismas untuk Otter.

7. Sambutan Krismas bersama Kismet si penyu dan rakan-rakannya

Menjelang hari Krismas nanti, Kismet si penyu dan rakan-rakannya antara haiwan paling bertuah kerana terdapat festival yang dirancang untuk mereka.

8. Harga tiket yang sama

Jadi, jangan lepaskan peluang. Meskipun terdapat tambahan pameran dan aktiviti di Aquaria KLCC, harga tiket masih lagi sama iaitu RM49 bagi orang dewasa dan RM39 pula untuk kanak-kanak pemegang MyKad.

Bagi pelancong luar negara pula adalah RM69 untuk dewasa dan RM59 untuk kanak-kanak.

Sebagai panduan para pengunjung sekalian, setiap aktiviti diadakan secara berkala iaitu setiap 30 minit pada hari biasa dan 15 minit pada hujung minggu

Sementara bagi aktiviti istimewa bersama Matt, Otter, Kismet dan rakan-rakan, ia bermula menjelang Krismas nanti. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons