February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

KUANTAN: Seorang pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di
sini hari ini atas 26 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram
melibatkan transaksi lebih RM1 juta sejak November 2015.

 

Tertuduh, Sheikh Saidey Nor Sheikh Abdul Rahman, 44, bagaimanapun
mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu, yang mengambil
masa kira-kira setengah jam untuk dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah
Ghazali.

 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pelbagai bank komersil seperti
Maybank, CIMB Bank dan RHB Bank di sekitar daerah ini di antara 27 Nov
2015 hingga 30 Jun 2016.

 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan menggunakan akaun semasa
pelbagai syarikat, menerima wang dalam pelbagai jenis mata wang seperti
ringgit, bhat, rupiah dan riyal serta menggunakan wang haram untuk
membeli pelbagai premis di Kuantan.

 

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh
dihukum di bawah suseksyen 4 (1) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan
Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

 

Seksyen itu memperuntuk hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan
denda tidak kurang lima kali ganda jumlah kesalahan terlibat atau RM5
juta ringgit, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

 

Timbalan Pendakwa Raya Idamasliza Maarof memberitahu mahkamah bahawa
Sheikh Saidey Nor juga dituduh bagi satu kesalahan serupa pada 2016 di
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan memohon supaya kes hari ini dipindahkan
ke sana.

 

“Jika peguam bela tidak membantah kes dibicarakan bersama, pihak
pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin yang
diberikan di Kuala Lumpur terpakai pada kes hari ini,” katanya.

 

Peguam S.M Karunanathan menjawab pihaknya tidak mempunyai bantahan dan
bersetuju dengan jaminan itu, yang telah dijelaskan tertuduh sebelum
ini.

 

Siti Aminah membenarkan permohonan itu dan kes ditetapkan untuk sebutan semula di Kuala Lumpur pada 11 Jan depan.

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons