February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Katanya dia nak memperjuangkan kebebasan Media. Tapi kenapa dia bertindak menghina wartawan yang hanya menjalankan tugas secara terbuka melalui laman media sosial miliknya?

Dimana slogan yang mengatakan bahawa puak Pakatan Haprak tu menghormati wartawan dan juga pihak media serta mahu memperjuangkan kebebasan media yang dilaungkan sebelum ini?

Apa yang jelas, tindakan yang telah dilakukan oleh Si Rafizi itu bukan sahaja boleh dianggap sebagai satu penghinaan secara terbuka terhadap dunia kewartawanan dan media itu sendiri.

Malah Naib Presiden PKR itu juga turut menyerang peribadi wartawan yang bertugas itu dengan memalukan dia melalui sidang media yang disiarkan secara lansung yang dilaman media sosial.

Bayangkan. Dimana letaknya maruah wartawan tersebut setelah dia dimalukan oleh Si Rafizi sedemikian rupa? Apakah dia tidak ada keluarga, saudara mara atau rakan – rakan yang menonton sidang media tersebut?

Adakah maruah wartawan itu hanya duduk dihujung tapak kaki Si Rafizi itu sahaja? Bagaimana pula dengan maruah keluarga wartawan terbabit? Adakah semua itu tidak penting buat Si Rafizi?

Soalnya, salah ke wartawan tersebut turut hadir dalam sidang media yang diadakan? Adakah terlalu Eksklusif sidang media Si Rafizi itu sehinggakan orang luar tak boleh turut serta?

Dari satu sudut, penghinaan Rafizi terhadap wartawan Media Prima itu hanya menyerlahkan lagi sifat Pengecut pemimpin PKR yang enggan berhadapan dengan dunia nyata.

Apa yang pasti, tindakan Si Rafizi itu secara tidak lansung membuktikan bahawa pemimpin PKR menganggap semua orang yang tidak sehaluan dengan mereka sebagai golongan yang tidak bermaruah yang boleh diperkotak – katikkan sesuka hati!!!




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons