February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


BERLIN 15 Dis. – Jaguh berbasikal dunia, Chris Froome didakwa diberikan layanan ‘istimewa’ ketika dia sedang bergelut untuk menyelamatkan kariernya daripada skandal doping.

CHRIS FROOME kini sedang bergelut untuk membersihkan namanya daripada skandal penggunaan bahan terlarang selepas dia didapati positif menggunakan ubat asma, Salbultamol semasa perlumbaan di La Vuelta, Sepanyol.

Juara dunia ujian masa, Tony Martin memberi amaran bahawa kredibiliti dunia sukan berbasikal kini dalam keadaan bahaya dan bimbang sekiranya Froome dibenarkan untuk terus beraksi sekiranya berlaku ‘perjanjian di belakang tabir’.

Jaguh berbasikal Jerman yang dikenali sebagai ‘Der Panzerwagen’ berang apabila mendapat tahu bahawa juara empat kali Tour de France dari Britain itu memiliki dos dua kali ganda ubat asma, Salbultamol di dalam sampel air kencingnya semasa di La Vuelta, Sepanyol, September lalu.

Froome dimaklumkan mengenai perkara itu poada 20 September lalu tetapi badan pemantau sukan berbasikal dunia, UCI membenarkannya untuk bertanding dalam kejohanan dunia bagi kategori ujian masa.

Bagaimanapun, Martin menegaskan bahawa Froome tidak seharusnya dibenarkan berlumba sambil menyifatkan UCI mengamalkan dwi standarad selain memberikan ‘layanan istimewa’ kepada Team Sky.

“Kredibiliti kita semua dalam bahaya! Memang saya sangat mara. Dalm kes Cristopher Froome, jelas sekali mereka mengamalkan dwi standard.

“Semua atlet lain akan digantung serta merta jika didapati positif. Froome dan pasukannya pula diberikan masa oleh UCI untuk menjelaskan keadaan.

“Ini adalah satu skandal yang sangat jelas dan dia tidak sepatutnya dibenarkan bertanding di Piala Dunia,” katanya.-AGENSI



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons