February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


HULU LANGAT 16 Dis. – Penganjuran program Mini Karnival Back to School Parlimen Hulu Langat, Selangor membuka peluang kepada pihak GiatMara parlimen itu mengetengahkan produk daripada hasil karya pelatihnya.

Tenaga Pengajar Bidang Fesyen dan Seni Menjahit GiatMara Hulu Langat Kajang, Rubyah Lodin berkata, pihaknya turut menjual pakaian seragam sekolah kanak-kanak dengan harga RM10 sepasang bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

“Pakaian ini merupakan hasil tangan semua pelatih GiatMara yang merupakan sebahagian daripada modul yang perlu dipelajari mereka iaitu jahitan baju kurung.

“Sempena musim sekolah yang akan bermula, kita mengadakan jahitan baju sekolah untuk dipasarkan dengan tujuan membantu golongan kurang berkemampuan, selain menjana pendapatan kami,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons