February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Himpunan bebaskan Palestin bukan hak eksklusif parti

Satu-satunya pemimpin Pas yang hadir pada protes membantah Presiden Amerika Syarikat (AS) di ibu negara hari ini, Dr Syed Azman Syed Ahmad berpendapat himpunan menuntut pembebasan Palestin bukan hak eksklusif mana-mana parti.

Ditemui Malaysia Dateline, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok berkenaan berkata, isu Palestin melangkaui kepentingan politik kepartian.

“Ini isu kemanusiaan sejagat yang perlu diperjuangkan tanpa mengira warna dan fahaman parti politik.

“Paling penting perjuangkan hak bangsa Palestin dan bebaskan bumi para anbiya itu daripada terus dijajah Zionis Israel.

“Kita melihat bahawa usaha membebaskan Masjid al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama itu satu tanggungjawab besar bagi seluruh manusia yang mencintai keadilan lebih-lebih lagi umat Islam,” tegasnya.

Penyokong Pakatan Harapan tidak membawa bendera parti tidak seperti Pas minggu lalu.

Sehubungan itu, jelas Dr Syed Azman, sentimen fahaman parti mesti diketepikan terlebih dahulu tanpa perlu terlalu ketara menonjolkan imej parti.

Ditanya tentang perbezaan suasana dengan himpunan minggu lalu anjuran Pas, beliau mengakui lebih selesa dengan protes menuntut pembebasan Palestin hari ini.

“Sepatutnya beginilah. Tidak perlu membawa bendera. Tidak boleh kita menganggap bahawa perjuangan Palestin hak eksklusif mana-mana parti.

“Kita bukan mahu cari siapa wira tapi apa yang penting mesej kita mengutuk kekejaman rejim Zionis datang dari seberapa ramai rakyat di negara ini tanpa mengira warna parti,” tambahnya lagi.

Pimpinan tertinggi Pakatan Harapan hadir pada himpunan tersebut iaitu Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad; Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.

Antara peserta yang menghadiri himpunan bantah Trump di perkarangan Kedutaan Amerika Syarikat.

Turut hadir dan berucap Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Kluang dan Ketua AMK merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Walau bagaimanapun, perhimpunan anjuran Pakatan Harapan itu menyaksikan tiada kelihatan bendera mana-mana parti berkibar melainkan hanya bendera Malaysia dan Palestin.

Berbanding himpunan sama minggu lalu anjuran Pas, imej dan lambang parti yang bersendirian itu dilihat begitu menonjol sehingga menenggelamkan bendera dan sepanduk Palestin.

mdl

Picture



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons