February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Teguran Hj Hadi diatas, dipercayai ditujukan kepada beberapa negara penting Arab: Arab Saudi, Mesir, Uni Emirat Arab, Bahrain yang tidak satupun kepala negaranya hadir di persidangan OIC.

Negara-negara ini hanya mengirim menteri sebagai perwakilan. Saudi mengirim Menteri Urusan Wakaf, Bahrain mengirim menteri kehakimannya, sedang Mesir dan UEA mengirim Menlu.

 Kenyataan Hj Hadi diatas tadi jelas menunjukan rasa kesal dan jengkelnya terhadap ketidak hadiran mereka ke persidangan OIC.

Kenyataan Hj Hadi secara ringkasnya dapatlah kita simpulkan isinya sebagaimana berikut, bahawa :

1) Buruklah bagi mereka yang tidak hadir dan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat nanti bagi sesiapa yang tidak menghadiri sidang kemuncak ini

2) Betapa pentingnya dunia Islam termasuklah yang bukan Islam juga turut menuntut agar Palestin dibebaskan dari belenggu Zionis.

3)  Mereka menyertai demonstrasi secara lisan dan pena, bahkan dengan perasaan selemah-lemah iman mereka. 

4) Raja-raja, para pemerintah yang tidak hadir patut merasa malu kepada Perdana Menteri Venezuela yang non Muslim.

5) Pemimpin dan raja-raja yang tidak hadir sebagai tanda penghormatan kepada Zionis.

Malangnya bagi Hj Hadi sendiri kerana dia hanya nampak kuman di seberang laut, tapi kuman pada dirinya sendiri dia tak nampak!

Hj Hadi cuma beretorika dengan kata-katanya. Bukankah Hj Hadi sendiri adalah kaki ponteng?

Hj Hadi sering tidak menghadiri sidang parlimen tapi boleh pergi berceramah atau menghadiri mesyuarat parti sendiri. Malah Hj Hadi sempat ke luar negara pergi ke Amerika sewaktu pembentangan belanjawan 2016 lalu!

Kita boleh backfire Hj Hadi dengan kata-katanya di atas tadi seperti berikut :

1) Buruklah bagi Hj Hadi yang tidak hadir dan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat nanti kerana  tidak menghadiri sidang parlimen bagi membincangkan masalah rakyat yang telah diamanahkan ke atasnya.

2) Betapa pentingnya bagi pasukan pembangkang termasuklah yang bukan Islam juga turut menuntut agar negara dibebaskan dari belenggu penindasan dan kezaliman Umno Bn.

3) Pas patut  BERSAMA menyertai demonstrasi bukan buat secara bersendirian semata-mata mahu tunjuk kekuatan kumpulan sendiri.

4) Wakil-wakil rakyat seperti Hj Hadi yang mengaku memperjuangkan keadilan Islam tetapi tidak hadir sidang parlimen patut merasa malu kepada waki-wakil rakyat khususnya dari kalangan DAP  yang non Muslim.

5) Pemimpin seperti Hj Hadi yang sering tidak hadir sebagai tanda redha dan penghormatan kepada Umno Bn.

  Mereka yang menghadiri sidang OIC tidak menerima apa-apa allowance ; tidak seperti mana wakil-wakil rakyat yang diberikan imbuhan dan menerima gaji sebagai wakil rakyat dan beberapa kemudahan lain. Apakah Hj Hadi tidak berasa bersalah dan malu?

Kalau hadir pun hanya sekadar jadi pasu bunga… Tidak pernah lagi kita mendengar perbahasan panas dari Hj Hadi dalam sebarang isu di parlimen berbanding dengan wakil-wakil rakyat dari Pakatan Harapan.

Sepatutnya orang yang faham ugama macam Hj Hadi patut menunjukkan suri tauladan kepada yang lain. Bukan sekadar pandai mencerca dan hanya nampak kesalahan orang lain sahaja.

 Hj Hadi bawa usul RUU355 pun dah hanyut ke laut entah ke mana ???

Elok juga saya kongsikan tulisan sahabat blogger GB yang pernah mengulas tentang kelaku buruk kepontengan Hj Hadi sebelum ini:

 Seorang yang berjawatan Presiden Parti Islam, seorang yang bertaraf “ulama dunia” tetapi tidak menjalankan amanahnya sebagai wakil rakyat untuk hadir di Parlimen begitu banyak kali. 

Haji Hadi telah ponteng sebagai ahli parlimen sewaktu beberapa undang-undang penting dibahas dan diluluskan secara undian belah-bahagi iaitu, Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Pindaan Akta Hasutan, Undang-undang GST dan Bajet 2016. 

Dan yang paling teruk ialah semasa private bill disenaraikan di dalam agenda Dewan Rakyat kali kedua, YB Marang itu ponteng lagi malah ketika itu beliau berada di Jepun! 

Kelmarin, sewaktu semua ahli parlimen pembangkang terpaksa berhimpun di Padang Kawad Menara Parlimen bagi membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan penggunaan wang terbabit untuk kegunaan pilihan raya yang lalu, Haji Hadi ponteng lagi. 

Rupa-rupanya beliau berada di Kelantan, mengeluarkan kenyataan dari sana akan memecat ahli PAS yang menyertai parti lain. Tidak uzur syarie. 

Itulah sikap Ahli Parlimen Marang terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang ahli parlimen! 

Apakah tidak berdosa jika tidak menunaikan amanah atau dalam ertikata lain KHIANAT sebagai seorang ahli parlimen yang telah dipilih oleh rakyat? Apakah hukumnya memakan gaji buta itu? 

Beliau yang sepatutnya dipecat dari PAS kerana mengkhianati parti juga. Bukankah ahli parlimen juga ada mengangkat sumpah dengan WALLAHI, WABILLAHI, WATALAHI semasa ditabalkan menjadi seorang MP untuk berkhidmat dengan amanah dan jujur
~ sumber



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons