February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 16 Dis. – Kira-kira 300 penduduk di Kampung Sungai Purun, Semenyih, Selangor gempar apabila tebing Sungai Semenyih runtuh akibat hujan lebat.

RUNTUHAN tebing Sungai Semenyih menyebabkan kira-kira 300 penduduk menghadapi kesukaran keluar dan masuk di Kampung Sungai Purun, Semenyih, Selangor. – UTUSAN ONLINE

Lebih parah, mereka menghadapi kesukaran untuk keluar dan masuk, selain turut terjejas dengan gangguan bekalan air ekoran paip pecah di kawasan berkenaan.

Setiausaha Gagasan Prihatin Semenyih (GPS), Hamdan Abu berkata, kejadian pukul 5 pagi tadi dipercayai berlaku akibat hakisan tanah di kawasan tersebut, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Saya menyedari kejadian ini setelah menerima panggilan telefon daripada penduduk di situ semasa hendak keluar bekerja.

“Difahamkan, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan tembok penahan tebing sungai berkenaan bagi mencegah runtuhan tebing daripada merebak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons