February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Pesuruhjayanya Haji Razman Zakaria berkata, PAS Perak akan tentang habis-habisan cita-cita Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana ia melibatkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.~  sumber

 Bakpo PJ Perak ni bercakap mendedahkan kebodohan diri sendiri? Bekali-kali orang dah cakap Lim Kit Siang tidak boleh jadi PM Malaysia.

Macam mana yang pernah berlaku di Perak dulu. DAP tidak boleh jadi Menteri Besar walaupun DAP miliki kerusi yang banyak dalam DUN. Mengikut Perlembagaan Perak nak jadi Menteri Besar mesti orang Melayu dan beragama Islam.

 Maka begitulah pula diperingkat Persekutuan, nak jadi PM selain daripada merupakan pemimpin yang mendapat kepercayaan majoriti daripada ahli-ahli parlimen di Dewan Rakyat ia juga mestilah orang Melayu dan beragama Islam.

DAP hanya mempunyai 37 kerusi Parlimen di seluruh negara dan jumlah itu dilihat tidak cukup membolehkan parti itu membentuk kerajaan yang memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi.

 Dalam pilihan raya akan datang pun, DAP akan tanding kerusi lebih kurang macam itu juga. Sampai kiamat pun tidak mungkin DAP boleh jadi Perdana Menteri.

Tapi Man anak Pak Ya mudah sangat boleh diperbodohkan dan percaya dengan momokan dan fitnah Umno bahawa Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri!

Kalau benar Razman mahu halang LKS dari menjadi PM Malaysia, Razman patut kalahkan LKS dari menang PRU14 di Parlimen Gelang Patah. Untuk Razman bertanding lawan LKS memang tak layak… Eloklah Razman minta Presidennya, Hj Hadi bertanding lawan LKS di Parlimen Gelang Patah. Ada berani?

Dan Kita mengalu-alukan Pas Perak meletakan calonnya di kesemua 18 kerusi yang DAP menangi di DUN Perak dalam PRU13 lepas.

Mengimbas kembali keputusan PRU12 dan PRU13 untuk renungan bersama.
Dalam PRU12, PAS Perak bertanding 20 kerusi tetapi hanya memenangi 6 kerusi.

Manakala dalam PRU13 pula PAS bertanding 22 kerusi tetapi hanya mampu memenangi 5 kerusi.
Tetapi, dalam PRU14, PAS berniat bertanding 59 kerusi tanpa bantuan DAP dan PKR, pastinya PAS akan melingkup!  



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons